Mah Sing beralih daripada pemaju hartanah kepada pemilik aset infrastruktur digital — CGSI

TechnologyProperty
24 Aug 2026 • 11:33 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Mah Sing beralih daripada pemaju hartanah kepada pemilik aset infrastruktur digital — CGSI Image from: Mah Sing beralih daripada pemaju hartanah kepada pemilik aset infrastruktur digital — CGSI amree24/08/2026 - 11:33 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 24 OgosMah Sing Group Berhad mula melangkah ke arah peralihan daripada pemaju hartanah tradisional kepada pemilik aset infrastruktur digital, menurut CGS International (CGSI).

 

Perubahan itu berikutan langkah kumpulan meneroka peluang membangunkan pusat data (DC) sendiri di Southville City, Selangor, dan mempertimbangkan pembangunan penyediaan fasiliti kepada pelanggan.

 

Usaha tersebut ujarnya, berpotensi dilakukan menerusi usaha sama (JV) dengan pengendali DC yang ada pengalaman, dan peralihan itu boleh menjadi perubahan struktur penting kepada model perniagaannya.

 

"Kami yakin Mah Sing dapat mewujudkan aliran pendapatan secara berulang serta berpotensi menerima penilaian lebih tinggi berbanding pembangunan hartanah tradisional," kata CGSI dalam nota analisis.

 

Firma itu namun kekal berhati-hati kerana masih terdapat keterbatasan maklumat mengenai skala, tempoh pelaksanaan, struktur pemilikan dan pulangan ekonomi daripada aset DC yang sedang diterokai.

 

Dalam perkembangan berkaitan, kumpulan itu mengumumkan penjualan 32 hektar tanah pegangan bebas di Southville City kepada WG Malaysia X Sdn Bhd pada harga RM617.9 juta untuk tujuan pembangunan DC.

 

Mah Sing_DagangNews2026

 

Pembeli itu ujar CGSI, turut ada pilihan membeli tambahan 7.1 hektar tanah Mah Sing pada harga yang sama, sekali gus berpotensi meningkatkan jumlah nilai transaksi jualan kepada sebanyak RM755 juta.

 

"Kami menyifatkan transaksi itu sebagai kejayaan penting strategi kerana mampu menjana keuntungan daripada penjualan tanah, selain menjadi hab infrastruktur digital semakin berkembang," katanya.

 

Urus niaga berkenaan jelas firma itu, dijangka diselesaikan pada separuh kedua FY27, tertakluk kepada tempoh 12 bulan bagi memenuhi syarat terdahulu termasuk pelbagai kelulusan kawal selia.

 

Berdasarkan sejarah kos tanah dan kos infrastruktur, CGSI menganggarkan pelupusan itu mampu menjana tambahan keuntungan selepas cukai (PAT) kepada Mah Sing antara RM116 juta hingga RM142 juta.

 

Sumbangan ini bersamaan 35% daripada unjuran keuntungan bersih FY27, dengan firma itu menyemak unjuran pendapatan sesaham (EPS) teras FY26, FY27 dan FY28 masing-masing kepada -4%, +28% dan +12%.

 

"Justeru, kami mengekalkan saranan 'tambah' dengan menaikkan harga sasaran (TP) kepada RM1.87 berdasarkan diskaun 40% kepada nilai aset bersih boleh realisasi (RNAV) RM3.12," tambah firma itu.

 

CGSI menegaskan pasaran masih memberikan nilai minimum kepada usaha DC Mah Sing yang berpotensi mencetuskan kenaikan penilaian jika berjaya dikembangkan lebih luas. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved