Mah Sing catat 2 juta jam kerja tanpa kemalangan projek kediaman M Minori di Johor

17 Sep 2026 • 11:55 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Mah Sing catat 2 juta jam kerja tanpa kemalangan projek kediaman M Minori di Johor Image from: Mah Sing catat 2 juta jam kerja tanpa kemalangan projek kediaman M Minori di Johor amree17/09/2026 - 11:55 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 17 SeptMah Sing Group Berhad mencatat 2 juta jam kerja tanpa kecederaan menyebabkan kehilangan masa bekerja (LTI) ketika pembinaan M Minori di Johor Bahru, Johor selain merekodkan sambutan pasaran kukuh apabila semua unit bukan Bumiputera sudah habis dijual.

 

Menurut kumpulan itu dalam kenyataan, pembangunan bertingkat tinggi pertama syarikat di bawah siri M di negeri berkenaan kini mencapai peringkat penyiapan bangunan, menandakan struktur utama projek tersebut dapat disiapkan mengikut jadual.

 

Tambahnya, pencapaian tersebut turut mencerminkan tumpuan pasukan projek terhadap aspek keselamatan sepanjang tempoh pembinaan, dengan hanya sejumlah terhad unit Bumiputera masih tersedia untuk dijual.

 

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum berkata, Johor kekal sebagai pasaran penting selepas lebih dua dekad, selain menjadi sebahagian daripada strategi pertumbuhan jangka panjangnya.

 

"Kumpulan akan terus mencari peluang sesuai dalam sektor kediaman dan perindustrian, dengan menekankan pemilihan tanah secara terpilih bagi membangunkan projek yang memenuhi permintaan pasaran serta berpotensi mencipta nilai jangka panjang," katanya.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Eksekutif Mah Sing, Datuk Voon Tin Yow, berkata sambutan terhadap M Minori menunjukkan permintaan terhadap kediaman yang mempunyai lokasi baik, susun atur praktikal dan harga yang mampu dicapai di Johor masih kukuh.

 

Mah Sing_DagangNews2026

 

Beliau berkata pertumbuhan ekonomi Johor serta hubungan yang semakin baik dengan Singapura turut membuka peluang dalam pelbagai segmen pasaran hartanah, membolehkan kumpulan menawarkan produk pada lokasi dan julat harga berbeza.

 

M Minori mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM469 juta, membabitkan tiga blok kediaman servis di Taman Seri Austin, Johor Bahru, dengan akses kepada sekolah, pusat perubatan, pusat beli-belah dan kemudahan harian serta rangkaian lebuh raya utama.

 

"Projek ini turut menerima sijil Provisional GreenRE Bronze sebagai pengiktirafan terhadap reka bentuk dan amalan pembinaan mampan, selain menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) serta stesen RTS Bukit Chagar," katanya.

 

Ketua Pegawai Operasi Mah Sing, Loo Teck Jee, berkata selepas kerja struktur selesai, projek kini memasuki fasa kerja kemasan dan pemasangan dalaman, dengan kumpulan kekal mengikut jadual untuk menyerahkan projek kepada pembeli.

 

Jelasnya, bagi mengukuhkan lagi kehadiran kumpulan di Johor, Mah Sing bakal menawarkan M Tiara II di Skudai pada suku ketiga 2026 dan M Grand Minori Fasa 2 di Taman Pelangi pada suku keempat 2026.

 

M Tiara II merangkumi pembangunan bandar campuran pegangan bebas seluas 40 hektar, manakala M Grand Minori mempunyai GDV RM1.5 bilion dan terletak kira-kira 3 kilometer dari stesen RTS Bukit Chagar, dengan harga kediaman servis Fasa 2 bermula RM334,000. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved