Malton batal rancangan kerjasama motosikal elektrik dengan Benlg

LocalBusiness & Finance
26 Oct 2026 • 6:21 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Malton batal rancangan kerjasama motosikal elektrik dengan Benlg Image from: Malton batal rancangan kerjasama motosikal elektrik dengan Benlg liza26/10/2026 - 18:21 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 26 Okt – Malton Berhad memutuskan untuk tidak meneruskan memorandum persefahaman (MoU) dengan pengeluar motosikal elektrik dari China, Dongguan Benling Vehicle Technology Co Ltd (Benlg) bagi meneroka pasaran motosikal elektrik di Malaysia.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Malton berkata lembaga pengarahnya memutuskan untuk tidak meneruskan MoU berkenaan memandangkan tiada perkembangan daripada pihak berkenaan.

 

MoU itu ditandatangani pada 26 Januari 2026 bagi menetapkan terma dan syarat utama kerjasama antara kedua-dua pihak dalam pasaran motosikal elektrik di Malaysia.

 

Benlg merupakan pengeluar motosikal elektrik yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri berkenaan dengan kemudahan pengeluaran di Tianjin, Wuxi dan Taizhou di China.

 

Selain pasaran China, syarikat itu turut mempunyai empat cawangan antarabangsa, masing-masing di Gurgaon, India; Manila, Filipina; Bangkok, Thailand; dan Jakarta, Indonesia.

 

Benlg sebelum ini sedang meneliti peluang untuk mewujudkan kehadirannya dalam pasaran motosikal elektrik Malaysia dan berminat bekerjasama dengan Malton sebagai rakan kongsi tempatan bagi projek berkenaan.

 

Kerjasama tidak diteruskan selepas MoU luput

Bagaimanapun, pengumuman terkini Malton mengesahkan bahawa kerjasama yang dirancang itu tidak akan diteruskan menerusi MoU berkenaan selepas tempoh sahnya tamat.

 

Malton tidak menyatakan sama ada pihaknya akan meneroka kerjasama dengan pengeluar motosikal elektrik lain atau meneruskan rancangan memasuki pasaran berkenaan melalui pendekatan berbeza. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved