Masters Jepun: Man-Tee dipaksa kerah keringat sebelum ke pusingan kedua

11 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Masters Jepun: Man-Tee dipaksa kerah keringat sebelum ke pusingan kedua

Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters Jepun meskipun dipaksa mengerahkan keringat oleh wakil Thailand, Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul, di Gimnasium Wilayah Kumamoto sebentar tadi.

Turun selaku pilihan kelapan, Man-Tee diberikan tentangan hebat sejak dari awal dan sentiasa berada di kedudukan mengejar sebelum menyamakan kedudukan 12-12 dan mula meredamkan tekanan lawan sebelum menang 21-18.

Aksi dalam set kedua kian tegang di mana wakil negara itu hilang penguasaan pada awal permainan dan walaupun berhasil bangkit pada penghujung set berkenaan, mereka terlepas dua mata terakhir untuk akur ke set penentuan dengan kekalahan 21-23.

Bagaimanapun, mereka mula mempamerkan aksi lebih kemas dalam set penentuan berkenaan untuk mencatatkan kemenangan 21-13 selepas secara keseluruhan bertarung selama 56 minit.

Menanti mereka dalam penentuan ke suku akhir esok ialah beregu Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Verstergaard.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved