Mayat salah seorang remaja lemas dijumpai lepas 15 jam

12 Aug 2026 • 10:25 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mayat salah seorang remaja lemas dijumpai lepas 15 jam

KUALA KRAI – Mayat salah seorang daripada dua remaja yang lemas ketika mandi di Sungai Kelantan, dekat Kampung Batu Lada, Aur Duri, di sini dijumpai hari ini selepas hampir 15 jam tenggelam di kawasan sungai tersebut pada petang semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Mohd. Khairul Duha Ab. Halim berkata, anggota Pasukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) menjumpai mayat Luth Naiman Mohd. Noraziron, 14, pada jarak 100 meter dari lokasi mangsa lemas kira-kira pukul 9.10 pagi.

Katanya, operasi pencarian pada permukaan dijalankan pada pukul 7.57 pagi sebelum anggota PPDA melakukan selaman pertama pada pukul 8.40 pagi.

“Mayat mangsa ditemukan sejauh 100 meter dari lokasi remaja itu lemas kira-kira 30 minit kemudian,” katanya.

Kosmo! Online semalam melaporkan, kegembiraan lima sekawan mandi-manda di kawasan Sungai Kelantan bertukar tragedi apabila dua daripada mereka dikhuatiri lemas dalam kejadian di Kampung Batu Lada, Aur Duri di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, kedua-dua mangsa, Mohd. Rayyan Hakimi dan Luth Naiman yang masing-masing berusia 14 tahun dipercayai lemas di sungai tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post Mayat salah seorang remaja lemas dijumpai lepas 15 jam appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved