
JAKARTA – Seorang pengawal keselamatan menemui mayat seorang wanita terapung di Sungai Mahakam, kota Samarinda dalam wilayah Kalimantan Timur, lapor laman berita Radar Kaltim hari ini.
Polis masih menyiasat identiti wanita berkenaan serta meneliti punca kematiannya.
Pihak berkuasa juga belum dapat mengesahkan sama ada terdapat sebarang unsur jenayah dalam kejadian tersebut.
Mayat mangsa disedari oleh pengawal kesematan dikenali sebagai Toto ketika sedang bertugas di pos kawalan.
Pada awalnya, seorang rakan sekerjanya meminta Toto memeriksa objek mencurigakan yang kelihatan di sungai.
Selepas memerhati dari pos kawalan, Toto mendapati objek tersebut menyerupai tubuh manusia.
Dia kemudian menghubungi pos kawalan utama untuk melaporkan penemuan tersebut sebelum sekumpulan anggota lain bergegas ke lokasi kejadian. – AGENSI
The post Mayat wanita ditemui terapung dalam sungai appeared first on Kosmo Online.






