MINDEF hentikan pembaharuan automatik kontrak MRO syarikat asing

LocalPolitics
6 Oct 2026 • 10:46 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

MINDEF hentikan pembaharuan automatik kontrak MRO syarikat asing Image from: MINDEF hentikan pembaharuan automatik kontrak MRO syarikat asing liza06/10/2026 - 10:46 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 6 Okt – Kementerian Pertahanan (MINDEF) tidak lagi akan memperbaharui secara automatik kontrak syarikat asing yang menjalankan kerja penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) aset ketenteraan Malaysia.

 

Sebaliknya, syarikat tempatan perlu bersedia mengambil alih kerja MRO bagi aset Angkatan Tentera Malaysia apabila kontrak syarikat asing berakhir.

 

MINDEF dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli berkata, semua kerja MRO bagi angkatan tentera perlu dilaksanakan syarikat tempatan, kecuali kerja yang masih dalam tempoh jaminan dan perlu dikendalikan pengeluar asal (OEM).

 

“MINDEF telah menegaskan kepada syarikat MRO asing bahawa kontrak yang tamat tidak akan diperbaharui secara automatik.

 

“Sebaliknya, syarikat tempatan perlu bersedia untuk mengambil alih perkhidmatan MRO,” katanya.

 

Syarikat tempatan perlu tingkatkan keupayaan

Menurut kementerian itu, syarikat tempatan yang diberikan kontrak MRO juga perlu terus meningkatkan keupayaan masing-masing, termasuk meningkatkan komponen, keupayaan serta melatih lebih ramai tenaga kerja tempatan.

 

Langkah itu turut bertujuan memastikan syarikat tempatan tidak hanya mengambil alih kontrak, tetapi mempunyai keupayaan dan kepakaran yang mencukupi untuk melaksanakan kerja penyelenggaraan aset ketenteraan.

 

MINDEF berkata, syarikat tempatan juga dijangka mengurangkan kos dan caj yang dikenakan kepada kerajaan bagi perkhidmatan berkaitan.

 

Program kolaborasi industri bantu pemindahan teknologi

Bagi tujuan itu, kementerian akan menggunakan Program Kolaborasi Industri untuk membantu pemindahan teknologi daripada pengeluar kepada syarikat tempatan.

 

Fokus turut diberikan kepada syarikat yang berupaya membangunkan produk sendiri serta menyertai rantaian bekalan industri pertahanan global.

 

Pada April lalu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, lapan syarikat tempatan menerima tawaran kolaborasi industri bernilai RM1.4 bilion bagi membangunkan keupayaan penyelenggaraan kapal perang.

 

Langkah berkenaan dilihat sebagai sebahagian usaha kerajaan meningkatkan keupayaan industri pertahanan tempatan, khususnya dalam penyelenggaraan dan sokongan aset ketenteraan, selain mengurangkan kebergantungan kepada syarikat asing. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved