MNHB terima kontrak RM71.02 juta dari TNB

Business & Finance
14 Aug 2026 • 6:58 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: MNHB terima kontrak RM71.02 juta dari TNB

PETALING JAYA: MN Holdings Bhd. (MNHB), menerusi anak syarikat milik penuhnya, MN Power Transmission Sdn. Bhd. (MNPT) memperoleh kontrak bernilai RM71.02 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi pembinaan pencawang masuk utama (PMU) 132/33kV Blue Valley di Cameron Highlands, Pahang.

Dalam makluman di Bursa Malaysia, MNHB berkata, kontrak itu diterima menerusi surat anugerah bertarikh 12 Ogos 2026 melibatkan pembinaan PMU 132/33kV Blue Valley berkapasiti 2×45 Mega Volt-Amperes (MVA).

“Skop kerja merangkumi pembekalan, pendirian, pemasangan, pengujian dan pentauliahan PMU baharu dengan susunan palang bas berkembar, termasuk peralatan utama, sekunder serta semua kerja awam berkaitan.

“Kontrak itu berkuat kuasa mulai 12 Ogos 2026 dengan tempoh pelaksanaan selama 900 hari dari tarikh permulaan kerja,” ujarnya.

Menurutnya, MNPT turut dikehendaki menyediakan jaminan pelaksanaan sebanyak RM3.551 juta, bersamaan lima peratus daripada nilai kontrak, dalam tempoh 56 hari dari tarikh kontrak berkuat kuasa.

“Kontrak berkenaan tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan atau pegangan pemegang saham utama syarikat.

“Selain itu, kontrak itu dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan masa depan dan aset bersih sesaham MNHB selepas pelaksanaannya bermula,” ujarnya.

Tambahnya, lembaga pengarah MNHB menyatakan bahawa kontrak berkenaan adalah demi kepentingan terbaik syarikat.

“Kontrak itu tidak tertakluk kepada kelulusan pemegang saham MNHB dan/atau mana-mana pihak berkuasa kawal selia berkaitan,” jelasnya. – UTUSAN

The post MNHB terima kontrak RM71.02 juta dari TNB appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved