MotoGP: Litar Antarabangsa Sepang sekali lagi jadi tumpuan dunia, medan pelumba negara cipta sensasi

28 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

MotoGP: Litar Antarabangsa Sepang sekali lagi jadi tumpuan dunia, medan pelumba negara cipta sensasi

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sekali lagi menjadi tumpuan dunia hujung minggu ini menerusi penganjuran MotoGP Malaysia 2026.

Berdasarkan penganjuran edisi terdahulu, disamping sambutan luar biasa daripada saingan Formula 1 di Sepang — pengunjung disarankan merancang perjalanan pergi dan pulang bagi mengelakkan kesesalan lalu lintas.

Bayangan sambutan luar jangka pada saingan MotoGP Malaysia kali ini berdasarkan jualan tiket yang memberangsangkan sekali gus menjadi indikasi awal — peminat sukan permotoran dua roda negara hadir bagi memberikan sokongan terhadap pelumba taruhan negara, Hakim Danish, serta barisan bintang terkemuka dunia.

"Tribune Hakim Danish sudah habis terjual dan saya harap dia buat yang terbaik, tunjukkan dia pelumba nombor satu negara untuk Moto3.

"Buat Qabil Irfan Qayyim Razim semestinya kami akan berikan sokongan padu, ini laman mereka sendiri.

"Untuk letakkan tekanan kepada Danish, rasanya tekanan itu memang sedia ada, semua mahukan dia sekurang-kurangnya podium.

"Kita lihat daripada segi persiapan dan strategi serta mental dimana dia boleh berada di hadapan, paling penting adalah pusingan kelayakan agar dapat duduk di petak hadapan," kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman.

"Kami akan kerahkan 649 anggota untuk menjaga kawalan keselamatan dan lalu lintas sepanjang tiga hari.

"Ketika F1 ada penutupan jalan, kali ini tiada penutupan jalan. Motorsikal dibenarkan masuk." tambah Ketua Polis Daerah KLIA, ACP Ravi Munusamy.
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved