MotoGP: Raul Fernandez tak fikir gelaran dunia

6 Sep 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: MotoGP: Raul Fernandez tak fikir gelaran dunia

MADRID – Harapan Raul Fernandez untuk memburu gelaran dunia Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2026 dianggap sudah berakhir selepas pelumba Trackhouse Racing itu gagal menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Aragon, minggu lalu.

Fernandez yang muncul juara GP Britain sebelum ini dilihat sebagai pencabar gelaran MotoGP, namun kegagalan mengutip mata di Aragon menyebabkan dia kini ketinggalan 70 mata daripada pendahulu, Jorge Martin.

Pelumba Sepanyol itu sebenarnya memulakan perlumbaan di Aragon dari kedudukan keenam dan menunjukkan rentak kompetitif pada peringkat awal.

Bagaimanapun, dia terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal akibat masalah teknikal dan akur gagal memperoleh sebarang mata, sekali gus berada di kedudukan ketujuh keseluruhan dengan 186 mata.

“Sebelum ini kami sudah mencapai persetujuan dengan Davide Brivio untuk terus mengutip mata dalam setiap perlumbaan dan menamatkan musim dengan peluang mencabar kejuaraan.

“Tetapi jika masih ada sedikit peluang, hari ini peluang itu sudah lenyap. Saya mahu berterima kasih kepada pasukan kerana mereka sudah bekerja keras. Ini bukan hujung minggu seperti yang saya jangkakan,” katanya.

Fernandez sebelum ini tidak menganggap dirinya sebagai pencabar utama kejuaraan kerana kurang pengalaman berbanding pelumba seperti Martin, Marc Marquez dan Marco Bezzecchi.
Namun, kemenangan sulungnya musim ini di Silverstone serta beberapa keputusan positif sebelum GP Aragon menyaksikan namanya mula berada dalam kelompok pencabar. – AGENSI

The post MotoGP: Raul Fernandez tak fikir gelaran dunia appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved