“Mudah Dapat Pahala” – Wanita Dipuji, Sedia Air Minuman Percuma Buat Pelajar Sekolah Merentas Desa [Video]

26 Feb 2025 • 3:01 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap orang di dunia ini mempunyai cara tersendiri untuk melakukan kebaikan kepada manusia.

Ada yang lebih senang menghulurkan wang ringgit, ada juga yang memilih untuk menawarkan perkhidmatan dan kemahiran secara percuma.

Walaupun perbuatan itu mungkin nampak kecil bagi orang lain namun hakikatnya ia boleh membawa makna yang besar kepada si penerima.

Sediakan Stesen Air Buat Pelajar Sekolah Merentas Desa

Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang wanita bersama suaminya menyediakan stesen air minuman di hadapan rumah mereka.

Menariknya, stesen air tersebut yang terdiri daripada air kotak disediakan istimewa buat pelajar dan guru sekolah yang terlibat dengan aktiviti merentas desa.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @kokshaf, kelihatan suaminya sedang menunggu peserta di meja air berkenaan.

Malah, kedengaran wanita yang dikenali sebagai Shaf itu memanggil kanak-kanak yang sedang lalu di hadapan rumahnya untuk mengambil air yang disediakan secara percuma.

Bukan hanya murid-murid sahaja, malah polis trafik serta petugas yang terlibat dalam aktiviti merentas desa itu turut tidak melepaskan peluang mengambil air kotak yang disediakan.

Tahun Ketiga Sediakan Air Minuman, Ada Kawan Yang Beri Sumbangan

Kongsi Shaf kepada BuzzKini, tahun ini merupakan tahun ketiga dia berbuat demikian dan sebanyak 380 air minuman diletakkan di meja tersebut.

Berbeza dengan tahun sebelum yang hanya menyediakan air sirap, tahun ini dengan sumbangan dari rakan-rakan, dia dapat menyediakan air kotak kepada pelajar berkenaan.

Difahamkan, dia berbuat demikian kerana anaknya juga turut bersekolah di situ dan rumah mereka menjadi laluan aktiviti merentas desa sekolah terbabit.

Jelas Shaf lagi, niatnya yang menyediakan kemudahan tersebut hanya mahu menggembirakan kanak-kanak itu.

“Tahun ketiga berturut-turut kita bagi air dekat anak-anak merentas desa ini. Kali ini sirap kita dah upgrade ke air kotak. Terima kasih kawan-kawan yang menyumbang.

“Nampaknya rumah kita boleh jadi main pit stop setiap tahun,” tulisnya di ruang kapsyen.

@kokshaf

Tahun ke3 berturut² kita bagi air kat anak² merentas desa ni. Kali ni sirap kita dah upgrade ke air kotak😂. Tq to all my frens who contribute!”customer” yang last paling special. Nampaknya rumah kita dah boleh jadi main pit stop setiap tahun! #merentasdesa #merentasdesa2025 #skip #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #thisisperak #peraktengah

♬ Santai – The Lantis

Sebelum ini, Shaf telah memulakan inisiatif tersebut sejak tahun 2023 lagi dan video perkongsiannya pada dua tahun lalu menjadi perhatian ramai hingga mencecah lebih 1.4 juta tontonan.

@kokshaf

Sempat buat sirap je🤣 tupun kena serbu. Pak memang tak boleh jadi pembakar semangat la pakk oi. #merentasdesasekolah #skip

♬ original sound – shaf mior – Shaf Hadidn’t

Ramai Puji Inisiatif Wanita Sediakan Air Buat Pelajar Merentas Desa

Video yang telah mendapat lebih 80,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan wanita berkenaan serta rakan-rakannya dalam menyediakan air secara percuma kepada peserta merentas desa.

Malah, ada yang berpendapat itu cara mudah untuk mengumpul pahala dengan hanya memberi minuman kepada mereka yang memerlukan.

Tidak hanya itu, ada juga yang meluahkan rasa teruja untuk menantikan minuman atau apa pula yang akan dijamu oleh wanita berkenaan pada tahun hadapan.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Terima Kasih Akak & Keluarga”

image is not available

“Budak Sekolah Tu Mesti Excited Tunggu Bila Nak Merentas Desa Nak Lalu Rumah Ini, Jangan Tahun Depan Ada Mee Goreng Pula”

image is not available

“Cara Kumpul Pahala Free, Semoga Murah Rezeki Tuan Rumah”

image is not available

“Tahniah Kepada Yang Sponsor Bagi Budak-Budak Sekolah Minum Waktu Merentas Desa”

image is not available

“Alhamdulillah Murah Rezeki Akak Dengan Abang Ini”

image is not available

Source: