Nahas ngeri LPT1: Mangsa maut ‘owner’ Secangkir Cafe

LocalFood
1 Sep 2026 • 9:59 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Nahas ngeri LPT1: Mangsa maut ‘owner’ Secangkir Cafe

PETALING JAYA – Seorang daripada empat mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 110.4 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1), Temerloh malam tadi merupakan pemilik Secangkir Cafe di Sungai Karang, Pahang.

Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, maut bersama suaminya Muhammad Nazatullah Nazmi, 32, dan anak lelaki mereka dengan kesemuanya menaiki Proton S70.

Seorang lagi mangsa lelaki yang maut menaiki kereta Honda CRV.

Sementara itu, ramai kenalan dan pelanggan yang pernah mengunjungi Secangkir Cafe turut mengucapkan takziah atas berita sedih tersebut selain ada yang berkongsi pernah menempah kek dengan Nur Atiqah Sofiya.

“Al-Fatihah untuk Sofiya (pemilik Secangkir Cafe), suami dan anak lelaki mereka. Kita pelanggan saja, tapi sedihnya. Baru chat (mesej) semalam sebab nak singgah beli ‘butter teok’,” ya Allah. Dia pernah buatkan suami saya kek hari jadi, ‘victoria sandwich’ dan ‘butter teok’ sangat la sedap. Arwah baik sangat, masya-Allah,” kongsi pengguna Threads Runsyuhada.

“Baru je tempah dengan owner minggu lepas. Ya Allah, tak sangka sangat,” komen Gegulapop dengan berkongsi gambar kek pernah ditempah dengan mangsa.

“Tak sangkanya kemalangan teruk kat LPT malam tadi, owner Secangkir Cafe,” kata Farfarfarawayyy.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, empat maut dalam kejadian kemalangan melibatkan 11 buah kenderaan termasuk bas, lori tangki, trak pikap, kenderaan pelbagai guna (MPV), kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kereta di Kilometer 110.4 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) di Temerloh, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, kemalangan melibatkan 11 kenderaan iaitu bas ekspres, lori tangki, Toyota Alphard, Toyota Hilux, Honda CRV, dua buah Proton Saga, dua Perodua Myvi dah sebuah Perodua Aruz. – KOSMO! ONLINE

The post Nahas ngeri LPT1: Mangsa maut ‘owner’ Secangkir Cafe appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved