Nestcon raih kontrak RM243 juta bina pangsapuri perkhidmatan 57 tingkat di Pulau Pinang

5 Aug 2026 • 6:17 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Nestcon raih kontrak RM243 juta bina pangsapuri perkhidmatan 57 tingkat di Pulau Pinang Image from: Nestcon raih kontrak RM243 juta bina pangsapuri perkhidmatan 57 tingkat di Pulau Pinang hamden05/08/2026 - 18:17 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Nestcon Bhd. menerusi anak syarikat milik penuhnya, Nestcon Builders Sdn. Bhd. (NBSB), memperoleh kontrak bernilai RM243 juta daripada EXSIM Waterfront Sdn. Bhd. bagi pembinaan sebuah pangsapuri perkhidmatan 57 tingkat di George Town, Pulau Pinang.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Nestcon berkata, NBSB telah menerima Surat Anugerah (LOA) bertarikh 5 Ogos 2026 daripada EXSIM Waterfront bagi melaksanakan kerja-kerja pembinaan bangunan utama dan infrastruktur di Seksyen 8, Bandar George Town, Daerah Timur Laut.

 

Kontrak itu melibatkan pembinaan satu blok pangsapuri perkhidmatan setinggi 57 tingkat yang akan bermula pada 18 Januari 2027.

 

Projek berkenaan dijadualkan siap dalam tempoh 35 bulan, dengan tarikh siap ditetapkan pada 17 Disember 2029.

 

Selain itu, projek tersebut turut mempunyai tempoh liabiliti kecacatan selama 27 bulan bermula dari tarikh pengeluaran Sijil Penyiapan Praktikal.

 

Nestcon berkata, penerimaan kontrak itu dijangka memberi sumbangan positif kepada aset bersih sesaham (NAPS), pendapatan sesaham (EPS) serta kedudukan penggearan syarikat sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

 

Menurut syarikat itu, kontrak tersebut juga dijangka mengukuhkan lagi buku tempahan sedia ada serta menyokong aliran pendapatan kumpulan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

 

Pada masa sama, Nestcon tidak menjangkakan sebarang risiko luar biasa daripada pelaksanaan projek itu selain risiko operasi biasa yang lazim bagi industri pembinaan.

 

Bagaimanapun, syarikat berkata, langkah pengurusan risiko yang sewajarnya akan dilaksanakan bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan.

 

Sementara itu, Lembaga Pengarah Nestcon berpandangan kontrak tersebut adalah selaras dengan aktiviti perniagaan teras kumpulan dan penerimaannya adalah demi kepentingan terbaik syarikat serta para pemegang saham. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved