Nicola Bamford ganti Renzo Viegas sebagai Pengarah Bebas Kanan Astro mulai 1 Disember 2026

Business & Finance
22 Oct 2026 • 6:14 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Nicola Bamford ganti Renzo Viegas sebagai Pengarah Bebas Kanan Astro mulai 1 Disember 2026 Image from: Nicola Bamford ganti Renzo Viegas sebagai Pengarah Bebas Kanan Astro mulai 1 Disember 2026 liza22/10/2026 - 18:14 Nicola Mary (kiri) dan Renzo Christopher Viegas Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 22 Okt – Astro Malaysia Holdings Bhd menyusun semula komposisi lembaga pengarah dan beberapa jawatankuasa syarikat dengan perubahan melibatkan status Renzo Christopher Viegas serta pelantikan Nicola Mary Bamford sebagai Pengarah Bebas Kanan, berkuat kuasa 1 Disember 2026.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Astro berkata Renzo akan bertukar daripada Pengarah Bebas kepada Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif.

 

Perubahan itu turut menyaksikan Nicola mengambil alih peranan Pengarah Bebas Kanan daripada Renzo pada tarikh berkenaan.

 

Renzo, 65, memiliki 800,000 saham biasa dalam Astro mewakili 0.015% daripada jumlah modal saham terbitan syarikat.

 

Perubahan jawatankuasa pencalonan dan saraan

Selain perubahan dalam lembaga pengarah, Renzo akan melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan dan Saraan (Nomination and Remuneration Committee) mulai 1 Disember 2026.

 

Susulan perubahan itu, jawatankuasa berkenaan, yang turut merangkumi fungsi tadbir urus korporat, akan dipengerusikan Prashant Kumar yang merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif.

 

Chow Mei Mei pula dilantik sebagai ahli jawatankuasa, manakala Lim Ghee Keong kekal sebagai ahli. Chow merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, sementara Lim ialah Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif.

 

Dengan susunan baharu itu, jawatankuasa berkenaan akan dianggotai tiga pengarah, iaitu Prashant sebagai pengerusi, bersama Chow dan Lim sebagai ahli.

 

Jawatankuasa strategi turut disusun semula

Dalam pengumuman berasingan, Astro memaklumkan Jawatankuasa Strategi dan Transformasi Perniagaan (Strategy and Business Transformation Committee) turut disusun semula berkuat kuasa 22 Oktober 2026.

 

Jawatankuasa itu dipengerusikan Renzo, dengan Nicola, Simon Cathcart dan Kenneth Shen sebagai ahli.

 

Nicola merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, manakala Simon dan Kenneth masing-masing merupakan Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif.

 

Penyusunan semula tersebut merupakan sebahagian daripada perubahan komposisi jawatankuasa lembaga pengarah Astro yang diumumkan pada hari sama.

 

Renzo memiliki Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dari University of Mumbai, India, selain kelayakan profesional dalam bidang perakaunan sebagai akauntan bertauliah dan ahli Fellow Institute of Chartered Accountants of India. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved