Nothing Sedang Membangunkan Fon Kepala Tersendiri

TechnologyDigital
17 May 2025 • 9:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nothing sedia menawarkan fon telinga mereka dengan rekaan unik di pasaran. Selain daripadanya, kini Nothing dilihat ingin hadir dengan sebuah lagi produk audio khusus, iaitu fon kepala.

Nothing dijangka hadir dengan rekaan yang unik untuk penawaran fon kepala mereka, sekaligus membolehkan pengguna mengenal-pasti penawaran Nothing dari jauh apabila pengguna lain. Melalui video yang dikongsikan, Nothing turut mengkritik rekaan fon kepala lain yang kelihatan sama sahaja antara satu sama lain, tanpa perbezaan unik yang ketara.

Disamping itu, Nothing turut dijangka menawarkan ia pada harga lebih rendah jikalau dibandingkan dengan AirPods Max, selain menawarkan kualiti audio yang baik menggunakannya.

Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi masih tidak diumumkan. Mungkin kita akan mendengar lanjut berkenaan dengannya selari pelancaran Nothing Phone (3) kelak.