Optimax, MyANGKASA buka akses penjagaan mata kepada lebih 7 juta anggota koperasi

LocalHealth & Fitness
7 Oct 2026 • 3:19 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Optimax, MyANGKASA buka akses penjagaan mata kepada lebih 7 juta anggota koperasi Image from: Optimax, MyANGKASA buka akses penjagaan mata kepada lebih 7 juta anggota koperasi sarah07/10/2026 - 15:19 Oleh SARAH NADLIN ROHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 7 Okt — Optimax Holdings Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Optimax Eye Specialist Centre Sdn Bhd (OESC), memeterai perjanjian kerjasama dengan MyANGKASA Holdings Sdn Bhd (MHSB) bagi memperluas akses perkhidmatan penjagaan mata kepada lebih 7 juta anggota koperasi di seluruh negara.


Pengerusi dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Optimax, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min berkata kerjasama itu menunjukkan potensi yang boleh dicapai menerusi gabungan kepakaran penjagaan mata dengan rangkaian koperasi yang luas.


"Kerjasama ini bukan hanya tertumpu kepada penyediaan perkhidmatan rawatan, sebaliknya kami melihat peluang lebih besar untuk membangunkan program pendidikan dan kesedaran kesihatan mata secara bersama serta membawa kepakaran penjagaan mata lebih dekat kepada komuniti," katanya.


Perjanjian itu membabitkan akses kepada perkhidmatan penjagaan mata OESC untuk anggota koperasi yang layak serta ahli keluarga terdekat mereka menerusi rangkaian pusat OESC di seluruh Malaysia.


Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin.


Kerjasama itu susulan memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai kedua-dua pihak pada 9 Mac 2026 dan akan berkuat kuasa untuk tempoh awal tiga tahun, dengan pilihan pembaharuan bagi tempoh setahun secara berturut-turut berdasarkan persetujuan bertulis bersama.


Di bawah kerjasama itu, anggota koperasi yang layak dan ahli keluarga terdekat mereka boleh mendapatkan pelbagai perkhidmatan penjagaan mata, termasuk pemeriksaan mata serta prosedur pembedahan yang disyorkan oleh pakar mata bertauliah.


Kedua-dua pihak turut akan bekerjasama melaksanakan program pendidikan dan kesedaran kesihatan mata bagi menggalakkan pemeriksaan mata secara berkala serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengesanan awal masalah penglihatan.


Beliau berkata rangkaian ANGKASA yang mempunyai lebih 7 juta anggota menyediakan platform penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan mata dalam kalangan komuniti koperasi di seluruh negara.


Sementara itu, MHSB dan OESC akan terus bekerjasama bagi memastikan pelaksanaan inisiatif yang dipersetujui berjalan lancar, dengan memanfaatkan rangkaian ANGKASA serta kepakaran OESC dalam penjagaan mata.


Kedua-dua pihak turut melihat kerjasama itu sebagai platform untuk meneroka inisiatif bersama lain pada masa depan, termasuk program kesedaran kesihatan mata, pendidikan komuniti dan usaha memperluas akses perkhidmatan penjagaan mata kepada anggota koperasi di seluruh negara. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved