Oscar Mengatakan Lakonan dan Skrip Janaan AI Tidak Boleh Terima Anugerah

EntertainmentTechnology
4 May 2026 • 8:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Academy of Motion Picture Arts and Sciences (AMPAS) mengumumkan peraturan Oscar baharu berkaitan penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang mengatakan hanya lakonan manusia sebenar dengan kredit diberikan secara rasmi dan skrip ditulis sepenuhnya layak menerima anugerah.

image is not available

Di bawah garis panduan baharu, Akademi boleh meminta bukti penglibatan manusia untuk setiap karya yang ingin dipertandingkan. Antara maklumat yang diminta ialah sejauh mana AI digunakan dalam pembikinan serta bukti karya ditulis oleh manusia.

Syarat baharu ini dikeluarkan ketika penggunaan AI dalam industri semakin meningkat dengan ia menerima tentangan daripada penggiat seni manusia yang tidak mahu tugas mereka digantikan. AI sudah digunakan dalam penghasilan filem penuh di Malaysia dan kesan khas dalam beberapa siri TV. Mendiang Val Kilmer juga akan “kembali berlakon” dalam filem dimana beliau akan dihidupkan semula menggunakan AI.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved