Parlimen bukan tempat anak beranak! Nurulhidayah tak akan bertanding selagi Zahid MP

LocalPolitics
29 Aug 2026 • 2:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menegaskan beliau tidak akan bertanding kerusi Parlimen selagi bapanya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masih berkhidmat sebagai Ahli Parlimen.

Beliau berkata, pendirian itu selari dengan prinsip yang dipegangnya bahawa Parlimen bukan tempat untuk keluarga.

“Abah (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) memang tidak mahu saya bertanding di Parlimen, tidak katanya, sebab abah tidak mahu orang fikir Parlimen ini tempat anak beranak.
“Jadi, saya perlu hormat abah sebagai bapa yang ada prinsip tersendiri, kalau hendak bertanding pun, mungkin saya pergi ke peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN)” katanya memetik Utusan Malaysia.

Image from: Parlimen bukan tempat anak beranak! Nurulhidayah tak akan bertanding selagi Zahid MP

Dalam pada itu, Nurulhidayah berharap jentera Barisan Nasional (BN) terus diperkukuhkan bagi menghadapi pilihan raya akan datang meskipun terdapat pemimpin parti dikenakan tindakan ketika ini.

Katanya, apa juga bentuk kerjasama politik yang berlaku, jentera BN perlu terus menjalankan tanggungjawab bagi memastikan kemenangan berpihak kepada parti itu.

“Adanya isu-isu yang berlaku, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terkait Lembaga Tabung Haji (TH) lah, ‘sakau’ lah, pemimpin kita dikenakan tindakan, semua ini akan membuatkan gerak kerja kita ini terhenti seketika.
“Sepatutnya sekarang ini bila kita hendak ke arah Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, gerak kerja sudah berjalan tetapi sebab perkara sebegini membuatkan gerak kerja tu terbantut, terbatas dan sebagainya.
“Jadi, saya mengharapkan agar jentera-jentera BN teruskan dengan gerak kerja yang telah kita aturkan bersama bahagian masing-masing,” katanya lagi.

Image from: Parlimen bukan tempat anak beranak! Nurulhidayah tak akan bertanding selagi Zahid MP

Mengulas situasi semasa, beliau berkata, BN sudah melalui pelbagai cabaran sejak kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), namun yakin perkara itu tidak akan mematahkan semangat UMNO untuk terus mendekati rakyat menjelang PRU16.

“Cuba bayangkan, apa yang pucuk pimpinan kita tidak lalui? baik ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Naib Presiden, Timbalan Presiden, hatta Presiden sekali pun.
“Saya bukan hendak sebut ini perkara kecil, tetapi saya yakin ia tidak melemahkan semangat UMNO untuk terus bergerak dan menang hati rakyat pada PRU16 ini,”ujar beliau.

Sumber: Utusan Online (Aslinda Nasir)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved