Pavilion REIT Malls santuni kanak-kanak, penghuni rumah kebajikan dan komuniti setempat

22 Mar 2026 • 2:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Patrick (dua dari kiri) menyantuni komuniti ketika majlis berbuka puasa bersama Pavilion REIT Malls.
image is not available
Lebih 800 tetamu termasuk kanak-kanak, penghuni rumah kebajikan dan anggota komuniti setempat menikmati persembahan kebudayaan, bengkel interaktif serta majlis berbuka puasa yang meriah di Pavilion Bukit Jalil.
image is not available
Penampilan khas maskot BoBoiBoy dan Papa Zola turut menceriakan suasana.
image is not available
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Pavilion REIT Malls dalam mencipta pengalaman bermakna serta mengeratkan hubungan dengan komuniti.

KUALA LUMPUR - Pavilion REIT Malls iaitu Pavilion Kuala Lumpur, Pavilion Bukit Jalil dan Intermark Mall menyantuni lebih 800 tetamu yang terdiri daripada kanak-kanak, penghuni rumah kebajikan serta anggota komuniti setempat menerusi penganjuran Majlis Berbuka Puasa Bersama yang berlangsung di Aras 3, Piazza, Pavilion Bukit Jalil pada 11 Mac lalu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pavilion REIT Malls, Patrick Liau, berkata, acara itu melibatkan pelbagai institusi kanak-kanak di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, rumah anak yatim tempatan serta penduduk dari komuniti Bukit Jalil.

Menurut beliau, majlis itu bukan sekadar berkongsi hidangan, tetapi juga mencerminkan semangat Ramadan yang mengangkat nilai silaturahim, kasih sayang dan kesyukuran sambil mencipta momen bahagia buat kanak-kanak serta keluarga daripada pelbagai latar belakang.

**media[3469249]**

"Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Pavilion REIT Malls dalam mencipta pengalaman bermakna serta mengeratkan hubungan dengan komuniti.

“Ramadan mengingatkan kita tentang pentingnya nilai belas ihsan, kemurahan hati dan kebersamaan. Melalui majlis ini, kami berharap dapat mewujudkan ruang untuk kanak-kanak, keluarga serta anggota komuniti berkongsi detik bermakna selain merasai kehangatan berbuka puasa bersama.

"Di Pavilion REIT Malls, kami percaya pusat beli-belah kami bukan sekadar destinasi membeli-belah, tetapi juga ruang yang menyatukan komuniti.

"Melihat senyuman dan kegembiraan yang dikongsi mengingatkan betapa bermaknanya detik-detik kebersamaan seperti ini,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Patrick berpandangan bahawa meskipun berasal daripada latar belakang berbeza, semua tetamu berhimpun dalam suasana meriah dan inklusif sambil berkongsi kegembiraan serta semangat kebersamaan yang sinonim dengan Ramadan.

**media[3469252]**

Dengan kerjasama JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, majlis itu menyambut kehadiran tetamu dari Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi, Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Asrama Sentosa Kuala Lumpur dan Asrama Bahagia Kuala Lumpur.

Turut serta ialah Pusat Jagaan Kasih Murni, Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakh Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Ar Rahmaniah, Keluarga Besar Norlina Alawi Bhd, Komuniti Sri Rakyat Bukit Jalil dan PPR Pinggiran Bukit Jalil.

Sepanjang majlis berlangsung, tetamu turut menikmati pelbagai aktiviti kebudayaan dan interaktif.

Sementara menunggu waktu berbuka, kanak-kanak dan keluarga mengambil bahagian dalam Bengkel Lukisan Batik yang dianjurkan oleh UCSI University, permainan menarik anjuran Watsons serta ‘kiddy rides’ oleh Toy World.

Penampilan khas watak popular BoBoiBoy dan Papa Zola turut menceriakan suasana, sekali gus mengundang sorakan serta keterujaan dalam kalangan kanak-kanak.

Majlis juga diserikan dengan persembahan tradisional termasuk muzik instrumental ghazal serta Orkes Melayu oleh KBS Band dan Melody Buskers.

**media[3469250]**

Barisan pemuzik turut menghiburkan tetamu dengan lagu-lagu raya yang rancak bagi menambahkan lagi kemeriahan suasana perayaan.

Penyewa dan rakan jenama turut memainkan peranan penting dalam menjayakan majlis antaranya Beautea, Chongdee, Christine’s Bakery, Delicieux Coffee & Food, D’Laksa, Empire Sushi, Food Republic, Grandmama’s, Hanare, Happy Potato, Horlicks, India Gate, Inside Scoop, Julie’s, Krispy Kreme Doughnuts dan Mee Hiris China Muslim.

Selain itu, Milo, Mixue, Muji, Oriental Kopi, Snickers, Starbucks, Toy World, Twix, UCSI University, Uncle Soon, Verrona Hills Bread & Patisserie, Watsons serta Yam Fresh.