Pembantu Rumah Indonesia Islam Kongsi Pengalaman Masak Babi Untuk Majikan Di Taiwan

28 Jul 2026 • 11:17 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 07 28T111339.191

Bekerja di perantauan menuntut sifat toleransi yang tinggi, lebih-lebih lagi bagi warga asing yang perlu menyesuaikan diri dengan budaya serta norma kehidupan berbeza.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok menceritakan pengalaman seorang pembantu rumah warga Indonesia di Taiwan, dikenali sebagai Mbak Awe, yang bertoleransi menyajikan masakan buat majikannya.

Menerusi perkongsian tersebut, Mbak Awe memaparkan rutinnya menyediakan seperiuk besar sup tradisional Taiwan khas buat majikan tuanya. Menarik perhatian ramai, bahan utama yang digunakan dalam masakan tersebut merupakan plasma darah B2 (bebong) serta sayur jeruk dan arak beras.

Artikel berkaitan: Sultan Selangor Cadang Wakil Rakyat Tinggal Dekat Ladang Babi, Rasai Sendiri Apa Dialami Penduduk

Artikel berkaitan: Kelirukan Orang Muslim, Penjual Mi Babi Di Bandung Tidak Lagi Bertudung & Berkopiah Lepas ‘Viral’

 

View on Threads

 

“Jujur aku baru kali ini masak plasma bebong yang teksturnya kenyal-kenyal ini. Satu rumah yang berani makan cuma kakek (majikan tua), anak cucu lain tak doyan.

Jadi seperiuk penuh ini memang khas untuk kakek,” katanya.

Akur dengan tanggungjawab kerja, wanita beragama Islam ini mengendalikan bahan non-halal tersebut secara profesional dengan memakai sarung tangan tebal demi menjaga kebersihan. Beliau juga tidak merasai sendiri masakan berkenaan, sebaliknya menyerahkan kuali kepada majikannya untuk merasa dan melaraskan rasa kuah tersebut.

Momen manis terserlah apabila majikan tuanya memberikan isyarat thumbs up tanda berpuas hati dengan hasil air tangan pembantu rumahnya itu.

Ruangan komen dibanjiri maklum balas netizen yang rata-ratanya memuji sifat dedikasi dan sikap bertoleransi beliau dalam mencari rezeki halal di luar negara.

cats 24

Pun begitu, ada juga beberapa individu yang mempertikaikan tindakan wanita tersebut kerana ada yang berpendapat agama Islam melarang perbuatan sedemikian.

cats 25

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved