
9 OKTOBER 2026
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa memantau dengan teliti perkembangan kualiti udara dan situasi jerebu yang sedang melanda beberapa kawasan di negara ini.
Susulan perbincangan terperinci bersama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, KBS telah meneliti implikasi penganjuran acara berskala besar dalam keadaan semasa. Kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan KBS dan aspek kesihatan awam serta keselamatan semua pihak yang terlibat telah diambil kira sepenuhnya.
KBS juga menjunjung kasih atas keprihatinan dan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berhubung keadaan jerebu yang sedang melanda negara.
Sehubungan itu, atas nasihat dan persetujuan YB Menteri Belia dan Sukan, KBS dengan ini memaklumkan bahawa sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Bukit Jalil pada 10 Oktober 2026 (Sabtu) DITANGGUHKAN. Tarikh baharu penganjuran akan diumumkan kelak, tertakluk kepada pemulihan kualiti udara ke tahap yang selamat bagi aktiviti luar.
Keputusan ini dibuat sebagai langkah proaktif dan berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan kepada para peserta, penganjur dan orang ramai. KBS memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan merakamkan penghargaan atas pengertian serta kerjasama semua pihak.
Bagaimanapun, penganjuran HSN di peringkat negeri dan lain-lain peringkat serta lokasi adalah tertakluk kepada situasi setempat dan ketetapan pentadbiran masing-masing. Status penganjuran bagi peringkat Wilayah Persekutuan/ negeri serta pentadbiran di bawah seliaannya setakat siaran media ini dikeluarkan adalah seperti berikut:
Untuk maklumat lanjut berkaitan siaran media ini, sila hubungi Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Belia dan Sukan di talian 03-8871 3100 atau e-mel jbsn@kbs.gov.my

Di kesempatan ini, KBS turut menyeru seluruh rakyat Malaysia agar mengehadkan aktiviti fizikal di luar rumah buat masa ini serta sentiasa mematuhi nasihat dan panduan kesihatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dari semasa ke semasa.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai siaran media ini boleh diajukan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) melalui talian 03- 8871 3719 atau e-mel jbsn@kbs.gov.my.






