Pengarah syarikat percetakan direman, disyaki kemuka dokumen matan palsu buku pemimpin Melaka

LocalPolitics
18 Aug 2026 • 1:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pengarah syarikat percetakan direman, disyaki kemuka dokumen matan palsu buku pemimpin Melaka
Pengarah syarikat berkenaan dibawa ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh bagi permohonan reman pada Selasa.

MELAKA – Seorang pengarah syarikat percetakan direman lima hari selepas disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butiran matan palsu berkaitan tuntutan pembayaran perkhidmatan mereka bentuk, mencetak dan membekalkan buku ‘coffee table’ membabitkan bekas pemimpin tertinggi negeri dianggarkan bernilai RM100,000.

Perintah reman terhadap lelaki berusia lingkungan 60-an itu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman sehingga 22 Ogos 2026, selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Selasa.

Menurut sumber, suspek ditahan sekitar jam 8 malam Isnin ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada 2021.

“Suspek dipercayai bukan sahaja mengemukakan dokumen tuntutan pembayaran buku ‘coffee table’ yang mengandungi butiran matan palsu, malah pembekalan yang dilakukan juga tidak sempurna,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Datuk Adi Supian Shafie, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved