Penyeludupan sempadan Malaysia-Thailand: SPRM terima 163 aduan rasuah

LocalPolitics
14 Sep 2026 • 4:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Penyeludupan sempadan Malaysia-Thailand: SPRM terima 163 aduan rasuah
Ahmad Khusairi me getuai delegasi SPRM dalam Mesyuarat Kerjasama Dua Hala Ke-8 di Bangkok, 10 September lalu. Foto SPRM

PUTRAJAYA – Sebanyak 163 maklumat berhubung aduan rasuah diterima Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand sejak 2021.

Ini khususnya di Perlis, Kedah, Perak, dan Kelantan yang bersempadanan dengan wilayah Thailand seperti Wilayah Songkhla, Yala, Narathiwat dan Satun.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, jumlah itu direkodkan bagi tempoh sehingga 2026.

Menurutnya, sebanyak 33 kertas siasatan telah dibuka yang membawa kepada 38 tangkapan, 24 pertuduhan di mahkamah dan 16 sabitan kesalahan.

"SPRM dan National Anti-Corruption Commission (NACC) Thailand komited membanteras jenayah rasuah rentas sempadan menerusi pengukuhan kerjasama risikan yang lebih pantas, proaktif dan berimpak tinggi,” katanya semasa Mesyuarat Kerjasama Dua Hala Ke-8 di Bangkok, Thailand di sini.

Beliau berkata demikian semasa Mesyuarat Kerjasama Dua Hala Ke-8 yang berlangsung pada 10 September lalu di Bangkok, Thailand.

Ahmad Khusairi yang mengetuai delegasi SPRM menyifatkan, NACC sebagai rakan strategik yang sangat penting di rantau ini khususnya dalam membanteras aktiviti rasuah.

Antaranya melibatkan barangan bersubsidi, petrol, diesel, rokok, minuman keras, dan pemerdagangan migran yang didalangi ketirisan penguatkuasaan di sempadan.

Beliau berkata, kekerapan aktiviti ekonomi sempadan Malaysia-Thailand adalah antara yang tertinggi di ASEAN dan situasi ini membuka ruang kepada salah guna kuasa dan pergerakan rentas sempadan di kedua-dua negara.

Tambah beliau, sinergi strategik ini turut berhasil dalam pengesanan saksi-saksi dan saspek-saspek yang melarikan diri ke Malaysia atau Thailand.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha NACC Wilayah 9, Tawichart Nillakan mengakui, saluran pertukaran maklumat secara langsung dan berasaskan persefahaman membolehkan tindakan cepat diambil berbanding prosedur formal Mutual Legal Assistance (MLA) yang memakan masa.

Selain operasi risikan, kedua-dua agensi turut memperkukuh kempen kesedaran pencegahan rasuah di pintu masuk sempadan, khususnya sempena sambutan Hari Anti-Rasuah Sedunia setiap 9 Disember.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved