Percaturan Sayyid Amin menjadi, sedia gugat Umar

17 Aug 2026 • 4:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Percaturan Sayyid Amin menjadi, sedia gugat Umar

SERDANG: Keputusan pelari pecut, Muhammad Sayyid Amin Roslan untuk beralih kepada acara 400 meter (m) ternyata membuahkan hasil apabila dia berjaya memenangi pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini.

Sayyid merupakan juara acara 200m pada SUKMA 2024 berkata, keputusan tersebut diambil berikutan kecederaan yang dialaminya pada hamstring di kedua-dua kakinya.

“Bagi saya, ini adalah satu cabaran yang sangat baik untuk saya memandangkan tiga bulan yang lalu saya mengalami kecederaan pada kedua-dua hamstring saya dan saya baru sahaja kembali ke balapan untuk sesi pertama minggu lalu dan ini adalah keputusan yang sangat mengejutkan bagi saya.

“Sebenarnya bagi saya, anda sentiasa berlawan dengan diri sendiri dan musuh yang paling utama ialah diri anda sendiri. Jadi, jika anda memutuskan untuk bersaing dengan diri sendiri maka anda akan menang.

“Saya bukan tidak bersedia untuk bertanding dalam 200m, tetapi saya tahu perlumbaan mana yang lebih baik untuk saya buat masa ini dan saya memilih 400m. Saya menjalani beberapa latihan dan ia memberi saya keyakinan yang besar untuk mencuba 400m,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Image from: Percaturan Sayyid Amin menjadi, sedia gugat Umar
Muhammad Sayyid Amin Roslan

Dalam acara 400m lelaki itu, Sayyid menamatkan larian 47.20 saat (s) untuk memenangi pingat emas sekali gus memperbaharui catatan peribadi terbaiknya, 47.68s.

Perak menjadi milik Muhammad Daniel Haqiem dari Selangor dengan catatan masa 47.61s manakala gangsa milik Muhamad Farhan Mohd Isrulnizam (47.66s) dari Pulau Pinang.

Sayyid turut berkata, dia bersedia untuk memberi saingan sengit jaguh 400m negara, Umar Osman yang merupakan pemegang rekod kebangsaan dengan catatan masa 45.73s.

“Saingan itu perlu ada. Umar sudah buat 45 saat jadi saya kena bekerja keras. Siapa tak nak jadi yang terbaik,” kata Sayyid yang tidak menolak kemungkinan untuk kembali beraksi dalam acara 100m dan 200m.

Sementara itu, Nor Malisya Mohd Ishak dari Johor mengungguli saingan 400m wanita setelah menamatkan larian dengan catatan masa 55.93s menewaskan pencabarnya Nor Aliya Najihah Muda dari Terengganu di tempat kedua (56.76s) manakala gangsa diraih oleh Ormilla Octavia Codday Nyadau (57.03s).

Image from: Percaturan Sayyid Amin menjadi, sedia gugat Umar
Nor Malisya Mohd Ishak

– UTUSAN

The post Percaturan Sayyid Amin menjadi, sedia gugat Umar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved