Perodua Turunkan Harga Axia, Kongsi Manfaat Penjimatan Operasi Dengan Pelanggan

LocalCars
3 Aug 2026 • 1:40 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

collage

Perodua mengumumkan pengurangan harga bagi model Axia kenderaan kompak paling mampu milik di negara dan menjadi pilihan mobiliti utama negara sehingga RM4,700 berkuat kuasa serta merta.

Axia G 3qtr Front Left Silver

Pengurangan harga itu dibuat berikutan peningkatan berterusan dalam kecekapan operasi syarikat selain usaha Perodua mengukuhkan komitmennya dalam membantu pelanggannya menghadapi persekitaran ekonomi yang kian mencabar.

Semenanjung Malaysia 

Screenshot 2026 08 03 132941

Sabah & Sarawak 

Screenshot 2026 08 03 132950

* Senarai harga di atas tidak termasuk kos insurans 

“Harga baharu ini adalah antara usaha berterusan kami untuk mengurangkan tekanan kos yang dihadapi rakyat Malaysia,”– kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.

“Langkah ini juga mencerminkan usaha kami untuk terus menambah baik kecekapan operasi, yang mana sebelum ini telah terbukti menerusi pengurangan kos servis dan pengurangan harga QV-E dan pakej Battery as a Service (BaaS) yang ditawarkan,”- tambahnya.

Kesemua spesifikasi dan standard kualiti Perodua Axia kekal tidak berubah dan penjimatan yang diperoleh adalah sepenuhnya daripada penambahbaikan proses dan kecekapan operasi.

“Pengurangan harga yang dibuat ini adalah hasil daripada inisiatif penambahbaikan yang berterusan dan mampan serta kerjasama baik dengan pembekal dan rakan kongsi kami dalam ekosistem automotif.”

“Kami berterima kasih kepada pembekal dan pengedar kami di atas kerjasama dalam menambah baik kecekapan kos untuk manfaat bersama bukan sahaja pemain industri tetapi juga seluruh rakyat Malaysia,”- kata Dato’ Sri Zainal.

Sebagai kereta paling mampu milik di Malaysia, Axia telah terbukti menjadi kenderaan yang boleh dipercayai rakyat Malaysia. Pelarasan harga yang dibuat mengukuhkan komitmen Perodua untuk memastikan model kereta itu boleh diakses oleh lebih ramai pelanggan di seluruh negara.

Orang ramai yang berminat boleh mengunjungi bilik pameran Perodua yang terdekat dan berhubung dengan penasihat jualan kami untuk maklumat lanjut.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved