Polis Tahan Lelaki Disyaki Terlibat Kes Samun Bersenjata Di Langkap

12 Aug 2026 • 2:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Polis Tahan Lelaki Disyaki Terlibat Kes Samun Bersenjata Di Langkap

Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun yang disyaki terlibat dalam kes samun bersenjata terhadap seorang wanita warga emas di sebuah rumah di Langkap, Perak, awal bulan ini.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa, seorang wanita tempatan berusia 69 tahun, pada 3 Ogos lalu.

Kes samun bersenjata

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, suspek yang dipercayai bersenjatakan parang telah merampas seutas gelang tangan emas yang dipakai mangsa sehingga menyebabkan wanita berkenaan mengalami kecederaan.

“Kerugian akibat kejadian itu dianggarkan kira-kira RM6,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan dan risikan lanjut, polis berjaya menahan suspek kira-kira 2.30 pagi, 11 Ogos lalu di Slim River, Perak.

Katanya, polis turut menemui dan merampas semula seutas gelang tangan emas yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan untuk tindakan siasatan lanjut.

Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 17 Ogos selepas Mahkamah Majistret Teluk Intan membenarkan permohonan reman bagi membantu melengkapkan siasatan.

Baca juga:

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan ketika melakukan rompakan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, polis menasihatkan orang ramai khususnya penghuni kediaman supaya meningkatkan aspek keselamatan rumah, terutama pada waktu malam dan awal pagi.

“Pastikan pintu, tingkap serta laluan masuk dikunci dengan sempurna dan elakkan menyimpan wang tunai atau barangan berharga dalam jumlah yang besar di rumah,” menurut kenyataan itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved