Tular gajah jantan cedera! PERHILITAN cakna suara rakyat, pantau pergerakan Sulong guna dron

LocalEnvironment
26 Aug 2026 • 7:46 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) terus memantau pergerakan gajah jantan liar dikenali sebagai Sulong susulan kelibatnya dikesan di sekitar Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik sejak 17 Ogos lalu.

Pemantauan itu turut mengambil kira keadaan kecederaan pada kaki hadapan gajah berkenaan yang dinilai dari semasa ke semasa berdasarkan situasi di lapangan.

Memetik Sinar Harian, Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pihaknya mengambil cakna kebimbangan masyarakat susulan rakaman video Sulong yang tular di media sosial.

“Kehadiran Sulong (gajah) itu juga dikesan tular di media sosial dengan beberapa rakaman video.
“Jabatan Perhilitan mengambil cakna kebimbangan yang disuarakan masyarakat mengenai isu ini. Pada masa yang sama, anggota jabatan telah digerakkan untuk memantau pergerakan dan keadaan Sulong menggunakan dron serta pemantauan melalui jalan darat secara berkala,” katanya, hari ini.

Image from: Tular gajah jantan cedera! PERHILITAN cakna suara rakyat, pantau pergerakan Sulong guna dron

Menurut Abdul Kadir, berdasarkan pemantauan terkini, Sulong tidak lagi dikesan berada di sepanjang JRTB dan telah bergerak menuju Jeli sebelum memasuki kawasan hutan di Kelantan.

“Dron akan digunakan di lokasi yang bersesuaian bagi membantu mengesan pergerakan dan kedudukan gajah tersebut, selain pemantauan melalui jalan darat oleh anggota Perhilitan,” ujarnya.

Image from: Tular gajah jantan cedera! PERHILITAN cakna suara rakyat, pantau pergerakan Sulong guna dron

Beliau berkata, sebarang tindakan menyelamat atau mengendalikan Sulong hanya akan dilaksanakan apabila gajah berkenaan berada di lokasi yang sesuai dan selamat.

“Ini penting bagi memastikan tindakan yang dilaksanakan tidak mendatangkan risiko tambahan kepada gajah berkenaan serta tidak menjejaskan keselamatan anggota operasi dan orang awam,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Kadir menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi arahan anggota penguat kuasa dan petugas Perhilitan sekiranya berada di kawasan pemantauan.

Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak mengambil gambar atau video gajah berkenaan kerana tindakan itu boleh menyebabkan kenderaan berhenti dan mengganggu kelancaran aliran trafik.

“Pemberian makanan atau meletakkan makanan untuk gajah adalah ditegah di sepanjang JRTB,” ujarnya.

Sebarang aduan berkaitan gajah berkenaan boleh disalurkan menerusi talian hotline 1-800-88-5151 atau Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di laman sesawang rasmi Perhilitan.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Afham Ramli)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved