Rakyat Malaysia rajin menyumbang, TPM Zahid syukur Najib dibenar jalani tahanan rumah

LocalPolitics
11 Nov 2026 • 9:31 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Datuk Seri Najib Tun Razak dibenarkan menjalani baki hukuman penjara di kediamannya di Langgak Duta, Kuala Lumpur, berkuat kuasa Selasa, 10 November.

Image from: Rakyat Malaysia rajin menyumbang, TPM Zahid syukur Najib dibenar jalani tahanan rumah

Foto: Astro Awani

Memetik laporan Sinar Harian, Ahmad Zahid berkata, pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyambut baik perkembangan itu. Beliau turut menghargai sumbangan ahli UMNO dan orang ramai kepada Tabung Solidariti Najib, yang menurutnya mencapai sasaran RM50 juta bagi membayar denda dalam kes SRC International Sdn Bhd.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh pimpinan UMNO di semua peringkat, ahli-ahli UMNO dan rakyat Malaysia keseluruhannya yang menyumbangkan dana sehingga kutipan crowdfunding mencukupi RM50 juta.
“Ini merupakan rasa syukur yang amat besar daripada kami dan terima kasih kepada semua pihak yang turut mendoakan supaya Datuk Seri Najib dapat berada di rumah bersama keluarga mulai hari ini,” katanya ketika ditemui pada majlis anjuran RISDA di UCAM, Melaka, pada Selasa.

Ahmad Zahid turut menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong selaku pengerusi Lembaga Pengampunan. Beliau berharap perkembangan itu mendorong pengamal undang-undang dan pihak yang terlibat dalam urusan perundangan untuk menghormati titah serta kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Mudah-mudahan kita tutup buku dan tiada lagi polemik selepas ini.
“Kita berdoa agar Najib tenang berada di rumah bersama keluarga dan semoga ALLAH SWT mempermudahkan segala urusan beliau,” katanya.

Terdahulu, peguam Najib memaklumkan denda RM50 juta itu telah dijelaskan pada 6 November. Bayaran tersebut merupakan syarat pengampunan yang membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International menerusi tahanan rumah.

Sumber: Sinar Harian (Norafiza Jaafar)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved