
PETALING JAYA – “Rasa macam bukan di Malaysia.”
Itu luahan seorang wanita yang mendakwa terkejut dan berasa takut selepas berkunjung ke Bukit Bintang, Kuala Lumpur semalam.
Menerusi perkongsiannya media sosial, wanita terbabit mendakwa keadaan di kawasan berkenaan begitu kotor dan buruk sehingga menimbulkan rasa tidak selesa.
“Tadi (semalam) saya pergi Bukit Bintang dan saya rasa sangat takut.
Rasa macam bukan di Malaysia, sangat kotor dan buruk. Lepas tu saya nampak perempuan lorong tarik-tarik lelaki. Apa ni Kuala Lumpur,” katanya.
Hantaran itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai antaranya bersetuju dengan kenyataannya itu, malah ada yang menggesa supaya pihak berkuasa bertindak segera.
“Seram kan. Dengan ramai orang asing, memang macam bukan Malaysia dah,” ujar seorang pengguna.
“Ya, dah tak ada hati nak pergi jalan Kuala Lumpur. Semua dah banyak berubah dari segi kebanjiran warga asing,” celah yang lain.
“Mana pihak berkuasa tempatan? Tak nampak ke,” komen seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Rasa macam bukan di Malaysia’ appeared first on Kosmo Digital.






![[VIDEO] ‘Tengah sedap makan, tiba-tiba…’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/TULAR-VIRAL-BUANG-AIR-KECIL-1024x766.jpeg)