RHB Research lihat Kinergy sebagai pengeluar tenaga bebas baharu, mulakan liputan saran 'beli' saham

LocalBusiness & Finance
18 Sep 2026 • 11:45 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

RHB Research lihat Kinergy sebagai pengeluar tenaga bebas baharu, mulakan liputan saran 'beli' saham Image from: RHB Research lihat Kinergy sebagai pengeluar tenaga bebas baharu, mulakan liputan saran 'beli' saham amree18/09/2026 - 11:45 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 18 SeptRHB Research melihat Kinergy Advancement Berhad sebagai antara pemain pengeluar tenaga bebas (IPP) baharu yang jarang ditemui dalam industri tenaga tempatan, disokong pembangunan loji janakuasa gas berkapasiti 1.5 gigawatt (GW) di Perlis.

 

Firma penyelidikan itu memulakan liputan terhadap kumpulan tersebut dengan saranan ‘beli’ dan harga sasaran (TP) sebanyak 60 sen, berdasarkan penilaian jumlah bahagian (SOP), yang mencerminkan potensi kenaikan sebanyak 49% daripada paras semasa.

 

Tambahnya, walaupun loji gas berkenaan hanya dijangka mula beroperasi pada 2030, kumpulan tersebut dijangka mendapat manfaat lebih awal menerusi kerja-kerja pembinaan serta kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) berkaitan projek itu.

 

"Pembangunan loji di Perlis itu akan meningkatkan aset konsesi Kinergy kepada 1.6 GW menjelang 2031, berbanding hanya 31 megawatt (MW) ketika ini, sekali gus memperkukuh kedudukan kumpulan dalam segmen penjanaan tenaga.," jelas RHB Research.

 

Ia menjangkakan kumpulan itu berada pada landasan untuk menandatangani perjanjian pembelian tenaga (PPA) bagi loji berkenaan pada separuh pertama 2027, dengan turut dijangka menerima turbin gas pertamanya tahun depan sebelum pentauliahan fasa 1 pada 2030.

 

Penerimaan turbin itu penting memandangkan pengeluar global kini ada tempoh tempahan tertunggak sehingga tujuh tahun. Dengan mengambil kira pegangan 20% kumpulan itu dalam loji tersebut serta tempoh PPA selama 15 tahun, firma berkenaan menganggarkan nilai loji itu sebanyak RM330 juta.

 

Kinergy_DagangNews2026

 

Pada masa sama, RHB Research menjangkakan Kinergy berpeluang menyertai kerja mekanikal dan elektrikal (M&E) bernilai kira-kira RM400 juta bagi loji tersebut, yang dijangka menyumbang kepada hasil kumpulan bagi tahun kewangan 2027 dan 2028.

 

"Bagi perniagaan sedia ada, kumpulan ini mempunyai buku pesanan terkumpul sebanyak RM1.1 bilion, bersamaan 2.4 kali ganda hasil FY25, dengan kira-kira 92% daripadanya datang daripada segmen rumusan tenaga mampan (SES)," tambahnya lagi.

 

Kemajuan bil projek EPCC bernilai RM646 juta bagi projek enjin gas PETRONAS di Labuan akan memacu pertumbuhan hasil kumpulan pada separuh kedua FY2026. Syarikat itu juga sedang membida projek bernilai RM3 bilion, dengan 88% daripadanya melibatkan kerja EPCC bagi projek SES.

 

RHB Research mengunjurkan hasil Kinergy meningkat 21% pada FY26, manakala pendapatan dijangka berkembang 44%, 9% dan 11% masing-masing bagi FY26 hingga FY28, disokong buku tempahan, peningkatan margin kasar kepada 10% daripada 8% serta pertumbuhan perniagaan tenaga.

 

Ia turut mengunjurkan pertumbuhan pendapatan tahunan terkumpul (CAGR) 20% bagi FY25 hingga FY28 untuk perniagaan sedia ada, selain potensi daripada loji gas Perlis. Firma itu menyifatkan premium penilaian iyu munasabah, namun mengenakan diskaun ESG 4%.

 

"Selain itu, kami melihat potensi kenaikan 12% kepada TP sekiranya kumpulan memperoleh projek hidro baharu bersama Safran dan Kerajaan Perak. Risiko utama yang dikenal pasti ialah kelewatan pentauliahan loji gas serta tekanan terhadap margin keuntungan," katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved