Sapura Resources bangkit daripada kerugian, catat untung RM1.8 juta pada 2Q26

Business & FinanceProperty
25 Sep 2026 • 9:00 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Sapura Resources bangkit daripada kerugian, catat untung RM1.8 juta pada 2Q26 Image from: Sapura Resources bangkit daripada kerugian, catat untung RM1.8 juta pada 2Q26 liza25/09/2026 - 09:00 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 25 Sept – Sapura Resources Bhd kembali ke landasan keuntungan dengan mencatat untung bersih RM1.82 juta pada suku kedua berakhir 31 Julai 2026 berbanding rugi RM4.81 juta setahun lalu, apabila kos operasi lebih rendah membantu mengimbangi peningkatan hasil yang hanya 2.7%.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan penyedia perkhidmatan hangar itu berkata peningkatan keuntungan turut disumbangkan oleh ketiadaan caj nilai saksama bagi hartanah pelaburan pada suku berkenaan.

 

“Hasil bagi suku kedua meningkat kepada RM15.1 juta daripada RM14.71 juta dalam tempoh sama tahun lalu, didorong oleh kadar sewaan purata yang lebih tinggi di Permata Sapura.

 

“Peningkatan kadar sewaan itu pula berlaku susulan kadar penghunian yang lebih tinggi di Permata Sapura dan membantu meningkatkan sumbangan hartanah berkenaan kepada hasil kumpulan,” katanya.

 

Bagaimanapun, Sapura Resources tidak mengisytiharkan sebarang dividen bagi suku kedua tahun kewangan 2026.

 

Fokus Masa Depan

Bagi tempoh akan datang, Sapura Resources menjangka prestasi segmen hartanah terus disokong oleh kadar penghunian yang tinggi di Permata Sapura dengan kadar sewaan pejabat kini mencapai 100%.

 

Pembaharuan sewaan oleh penyewa utama pada kadar asas lebih tinggi, pendapatan sewaan bulanan dijangka melebihi obligasi perjanjian pajakan utama menjelang suku keempat tahun kewangan 2026.

 

Dalam segmen penerbangan, kumpulan akan meneruskan usaha mengembangkan operasi selepas memulakan kegiatan di Langkawi, selain berusaha mewujudkan kehadiran di Malaysia Timur. 

 

Pada masa sama, kontrak perkhidmatan baharu yang mula dilaksanakan oleh MTU Power Systems Sdn Bhd dijangka memberi sumbangan tambahan kepada pendapatan dan keuntungan kumpulan.

 

Secara keseluruhan, pengurusan berkata kumpulan akan terus memberi tumpuan kepada pemulihan perniagaan dan keuntungan jangka panjang yang mampan, termasuk mengoptimumkan penggunaan aset, mempelbagaikan sumber pendapatan serta mencari peluang pertumbuhan baharu. 

 

Usaha itu akan diteruskan sambil kumpulan mengambil kira keadaan pasaran, ekonomi makro dan geopolitik yang tidak menentu. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved