Saya akan balik istana- Tuanku Mukhriz

LocalPolitics
18 Sep 2026 • 10:46 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Saya akan balik istana- Tuanku Mukhriz

SEPANG- “Terima kasih atas sokongan yang kuat. Saya akan balik istana, mana lagi saya nak balik. Saya balik nak selesaikan masalah ini,” itu titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Titah itu menyusul sejurus baginda tiba di hadapan penyokong dan rakyat di hadapan Bilik Khas, Tingkat 5, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam tadi.

Baginda bertitah demikian sebaik diajukan soalan oleh wartawan yang hadir membuat lliputan ketibaan baginda di KLIA.

Baginda turut menzahirkan penghargaan atas sokongan yang diberikan termasuk yang menyambut ketibaanya di KLIA malam ini.

Titah baginda lagi, baginda akan pulang ke Istana Seri Menanti.

Kepulangan Tuanku Muhriz dari lawatan luar negara dipercayai mahu menyelesaikan kemelut berhubung kedudukan baginda sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Sebelum ini, barisan Exco Kerajaan Negeri Sembilan menyatakan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz adalah sah dan mengiktiraf Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baharu.

Bagaimanapun, Dewan Keadilan dan Undang (DKU) menegaskan Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah.

Terdahulu, ketibaan baginda disambut lebih 300 penyokong malah, baginda turut meraikan rakyat yang hadir.

Laungan ‘Daulat Tuanku’ mengiringi keberangkatan tiba baginda di KLIA malam tadi. – KOSMO! ONLINE

The post Saya akan balik istana- Tuanku Mukhriz appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved