Sukma 2026: Li Ren buru pentas lebih besar

19 Aug 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sukma 2026: Li Ren buru pentas lebih besar

KEJAYAAN memecahkan rekod kejohanan dalam penampilan sulung di pentas Sukma menjadi titik permulaan buat atlet jalan kaki Melaka, Tan Li Ren yang kini memasang impian untuk melangkah ke pentas lebih besar.

Atlet berusia 16 tahun itu mencipta sensasi apabila meraih emas acara 20,000 meter (m) jalan kaki wanita Sukma Selangor 2026 dengan catatan 1 jam 59 minit 41.45 saat (s) di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), semalam.

Catatan tersebut memperbaharui rekod kejohanan 2:05:47.02s milik atlet Negeri Sembilan, Yee Zhi Xin yang dilakukan pada Sukma Sarawak 2024, selain menyaksikan Li Ren menjadi satu-satunya peserta menamatkan perlumbaan di bawah dua jam.

“Ini kemenangan besar pertama saya dan saya anggap ia sebagai permulaan untuk membawa saya pergi ke peringkat yang lebih tinggi. Selepas ini, sasaran saya adalah Sukan Olimpik Remaja,” katanya.

Lebih manis, kejayaan tersebut hadir selepas Li Ren melalui pengalaman mengecewakan apabila gagal menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik pada Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) sejak tiga tahun lalu.

Pelajar Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) itu mengakui disiplin tinggi menjadi sebahagian daripada pengorbanannya apabila perlu memulakan latihan seawal pukul 6 pagi sebelum mengikuti sesi persekolahan dan kembali menjalani latihan pada sebelah petang.

Dalam perlumbaan itu, wakil Wilayah Persekutuan, Kaarthiyani Parameswaran meraih perak dengan catatan 2:01:40.80s, manakala Afiqah Hana Ahmad dari Negeri Sembilan membawa pulang gangsa selepas merekodkan 2:03:10.19s.

Li Ren yang turut meraih gangsa acara 10,000m jalan kaki wanita pada Ahad lalu berkata, emas berkenaan cukup bermakna kerana mahu menghadiahkan kejayaan kepada kontinjen Melaka.

The post Sukma 2026: Li Ren buru pentas lebih besar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved