Sultan Mizan kembali di Sukan SEA 2027? Terengganu beri petanda positif

24 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Sultan Mizan kembali di Sukan SEA 2027? Terengganu beri petanda positif

Peminat sukan ekuestrian berpotensi menyaksikan aksi Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, pada Sukan SEA Malaysia 2027 sekiranya acara kuda lasak atau endurance berlangsung di Terengganu.

Petanda positif itu muncul selepas Sekretariat Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia 2027 (MASOC) berpuas hati dengan hasil pemeriksaan venue bagi acara berkenaan di negeri itu.

Kerajaan Negeri Terengganu sebelum ini menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah acara endurance, berbekalkan pengalaman menganjurkan kejohanan antarabangsa.

Sekiranya cadangan itu menjadi kenyataan, ia membuka peluang buat Sultan Mizan atau anakanda baginda untuk mewarnai temasya sukan dwitahunan berkenaan.

Sultan Mizan sebelum ini mencipta sejarah sebagai sultan pertama menyertai Sukan SEA apabila meraih dua pingat emas dalam acara endurance pada edisi Kuala Lumpur 2017 di Lembah Bidong, Setiu.

Terengganu berpotensi menjadi lokasi tambahan kepada empat kluster utama yang ditetapkan, iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru, Sarawak dan Pulau Pinang, selain Langkawi yang menjadi venue acara pelayaran.

Dalam perkembangan berkaitan, MASOC melancarkan jelajah promosi Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 bagi meningkatkan kesedaran serta menyemarakkan sokongan rakyat menjelang penganjuran kedua-dua temasya itu pada tahun depan.

Pelakon popular tanah air, Nabila Huda, turut hadir memeriahkan majlis berkenaan dan berkongsi keterujaannya menjelang Sukan SEA Malaysia 2027.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved