Sum Technology raih kontrak mekanikal pembinaan hangar pesawat bernilai RM30 juta di Filipina

LocalBusiness & Finance
17 Nov 2026 • 5:13 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Sum Technology raih kontrak mekanikal pembinaan hangar pesawat bernilai RM30 juta di Filipina Image from: Sum Technology raih kontrak mekanikal pembinaan hangar pesawat bernilai RM30 juta di Filipina liza17/11/2026 - 17:13 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 17 Nov – Sum Technology Berhad menerusi anak syarikat milik penuhnya, Sum System Solution Sdn Bhd (SSSB) memperoleh kontrak bagi melaksanakan pakej kerja mekanikal untuk pembinaan sebuah hangar penerbangan di Filipina bernilai AS$7.35 juta (kira-kira RM30 juta).

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata kontrak berkenaan melibatkan kerja reka bentuk dan bina bagi projek pembinaan hangar penerbangan untuk pelanggan dalam industri penerbangan di negara berkenaan.

 

Nilai kontrak itu masih bersifat sementara dan tertakluk kepada pelarasan berdasarkan senarai kuantiti kerja (Bill of Quantities) akhir yang akan dimuktamadkan bersama pelanggan.

 

Menurut Sum Technology, tarikh permulaan dan penyelesaian kontrak masih belum ditetapkan.

 

“Pelaksanaannya tertakluk kepada kelulusan reka bentuk akhir, persetujuan senarai kuantiti kerja, pengesahan skop kerja serta kelulusan sewajarnya bagi sebarang perubahan kerja.

 

Positif kepada prestasi kewangan

“Dari segi kesan kewangan, kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada keuntungan dan aset bersih sesaham Sum Technology bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2027.

 

“Bagaimanapun, penerimaan kontrak itu tidak memberi sebarang kesan terhadap modal saham serta struktur pegangan saham syarikat,” katanya.

 

Sum Technology turut mengenal pasti beberapa risiko yang boleh mempengaruhi pelaksanaan projek, termasuk perubahan persekitaran ekonomi, politik dan kawal selia.

 

Risiko operasi seperti kelewatan menyiapkan projek serta kekurangan bahan dan tenaga kerja mahir turut dikenal pasti, dengan kumpulan akan mengambil langkah sewajarnya bagi mengurangkan risiko berkenaan.

 

Lembaga Pengarah Sum Technology berpandangan bahawa penerimaan kontrak itu adalah demi kepentingan terbaik kumpulan. Syarikat turut mengesahkan bahawa tiada pengarah, pemegang saham utama atau individu yang mempunyai hubungan dengan mereka mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved