Syabas! wira, wirawati Malaysia atas prestasi membanggakan - PM

4 Aug 2026 • 12:25 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Syabas! wira, wirawati Malaysia atas prestasi membanggakan - PM
Anwar mengucapkan tahniah kepada seluruh kontinjen Malaysia atas semangat juang dan prestasi membanggakan yang dipamerkan pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada seluruh kontinjen Malaysia atas semangat juang dan prestasi membanggakan yang dipamerkan pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Menerusi hantaran di Facebook malam ini, beliau turut merakamkan penghargaan kepada jurulatih, pegawai, pasukan sokongan serta seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kejayaan kontinjen negara.

"Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh kontinjen Malaysia atas semangat juang yang luar biasa dan prestasi membanggakan yang dipamerkan pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.

"Terima kasih kepada jurulatih, pegawai, pasukan sokongan serta seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kejayaan kontinjen negara. Syabas, wira dan wirawati Malaysia," katanya.

Malaysia menamatkan kempen pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 dengan pencapaian membanggakan apabila meraih lapan pingat emas, tiga perak dan lima gangsa, sekali gus menduduki tempat ke-10 keseluruhan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved