‘Terima kasih Malaysia’

20 Aug 2026 • 8:26 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ‘Terima kasih Malaysia’

TUMPAT: Pelajar cemerlang, Lovely Sabana Augustine yang memerlukan bantuan kewa­ngan untuk melanjutkan pe­ngajian ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas segala sumbangan diberikan.

Lovely Sabana berkata, keprihatinan tinggi yang ditunjukan oleh seluruh rakyat Malaysia menjadi pemangkin untuk berjaya dalam pelajaran selepas ini.

“Terima kasih kepada setiap tangan yang pernah menghulurkan bantuan, setiap hati yang pernah percaya, setiap kata yang pernah menguatkan, dan setiap doa yang mungkin saya tidak pernah tahu. 

“Semoga segala kebaikan kalian dibalas dengan seribu keberkatan. Kepada semua pihak yang pernah membantu saya sampai ke titik ini, mungkin saya tidak mampu membalas satu persatu jasa kalian,” kata­nya kepada Utusan Malaysia. 

Sebelum ini, kisah gadis berketurunan Kadazan-Siam itu tular di media sosial apabila memerlukan bantuan sebanyak RM2,232.35 bagi membolehkannya mendaftar pengajian di UPSI, bulan depan.

Perkara itu dikongsikan aktivis kebajikan, Raja Shamri Raja Husin menerusi Facebooknya yang turut memohon orang ramai membantu Lovely merea­lisasikan impiannya untuk melanjutkan pengajian.

Dia sebelum ini  berjaya meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0.

Lovely Sabana memberitahu, setiap kebaikan yang diberikan itu akan bersama dalam perjalanan bergelar sebagai seorang siswi selepas ini.

“Saya cuma berharap, jika suatu hari saya jatuh, jangan tambah berat dengan sangkaan. Jika saya tersesat, doakan saya menemukan jalan. Jika saya menangis, doakan saya kembali tersenyum,” ujarnya.

 

 

 

The post ‘Terima kasih Malaysia’ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved