(Terkini) Piala Dunia B-15: Malaysia tewas kepada Afrika Selatan

28 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

(Terkini) Piala Dunia B-15: Malaysia tewas kepada Afrika Selatan

Skuad B-15 negara terpaksa akur tewas kepada Afrika Selatan 2-6 dalam kempen hari keempat, perlawanan penentuan tempat Ke-33/64, Festival & Piala Dunia B-15 FIFA 2026 di Baku, Azerbaijan, sebentar tadi.

Pasukan lawan mendahului menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti seawal minit ketiga, sebelum tambahan jaringan selang satu minit kemudian untuk Afrika Selatan mendahului Malaysia 2-0.

Malaysia kembali merapatkan defisit jaringan 1-2 pada minit keenam selepas dihadiahkan sepakan penalti, tidak bertahan lama Afrika Selatan sekali lag menambah jaringan untuk mendahului Malaysia 3-1 dalam 20 minit pertama.

Dua minit pertama dalam babak kedua menyaksikan dua gol tercipta untuk kedudukan 4-2, Afrika yang kerap mengasak kubu pertahanan negara hingga menambah dua lagi jaringan untuk mendahului 6-2.
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved