
PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi pengalaman cemas apabila rumahnya dimasuki ular sebanyak tiga kali dalam masa sehari.
Menerusi beberapa video yang dikongsikan di Threads Assyakira, dia merakam kemunculan tiga spesies reptilia tersebut di sekitar rumahnya.
“Tiga ekor sekali datang mai (datang) melawat kami dekat rumah,” tulisnya dalam hantaran itu.
Bagaimanapun dia tidak memperincikan lokasi sebenar kediaman atau jenis ular yang ditemui itu.
Perkongsian berkenaan kemudian mendapat perhatian netizen yang rata-rata terkejut dengan kejadian tersebut dan berkongsi pelbagai pandangan di ruangan komen.
“Video pertama, kedua dan ketiga tu spesies yang berbeza. Video pertama itu ular punti atau tiong, mangrove cat eye snake (boiga melanota) separa berbisa, tak berbahaya kepada manusia. Video kedua, katam payung, Malayan krait (bungarus candidus), berbisa tinggi dan berbahaya. Video ketiga tak jelas, tapi macam Malayan pit viper (Calloselasma rhodostoma), berbisa tinggi dan berbahaya kepada manusia,” kata Arerep.
“Alamak seramnya, semua berbisa pula tu,” kata Xrutsamuyx.
“Telefon bomba tolong,” kata Raratinta.
“Allah, sis baca doa ya lindung dari binatang berbisa. Jangan lupa telefon bomba ke JPAM ke,” kata Nrfatehali. – KOSMO! ONLINE
The post Tiga kali ular ‘datang’ rumah dalam masa sehari appeared first on Kosmo Online.






