UMNO mulakan rundingan kerjasama PRN Melaka selepas DUN dibubarkan

LocalPolitics
30 Aug 2026 • 2:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: UMNO mulakan rundingan kerjasama PRN Melaka selepas DUN dibubarkan
Ahmad Zahid - FOTO: Bernama

KUALA LUMPUR - UMNO akan memulakan rundingan rasmi berhubung kemungkinan kerjasama dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu telah diserahkan kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh untuk mengetuai perbincangan berkenaan selepas pembubaran DUN.

"Kita telah menyerahkan kepada Yang Berhormat Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh dan saya fikir dia akan adakan perbincangan rasmi, setelah DUN Melaka dibubarkan.

"Sekarang mungkin (ada) perbincangan secara tidak rasmi tetapi, rundingan rasmi itu selepas bubar (DUN),” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai pendirian UMNO berhubung kemungkinan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRN Melaka.

Ahmad Zahid berkata, beliau sebelum ini turut mengadakan perbincangan dengan keseluruhan Biro Politik UMNO Melaka yang membentangkan persediaan parti menghadapi pilihan raya negeri berkenaan.

Beliau berkata, pembentangan itu turut dibawa ke peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, untuk membincangkan secara terperinci pembentangan data yang diperoleh menerusi war room UMNO Melaka. - Bernama 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved