![Image from: [VIDEO] ‘Dia lagi laju dari jentera F1’](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-05-at-5.06.18-PM-1024x714.jpeg)
PETALING JAYA – Tindakan seekor kucing yang melintas di kawasan trek perlumbaan F1 mencuri perhatian netizen hingga ada berseloroh mengatakan si bulus itu lebih laju daripada jentera bernilai ratusan juta itu.
Gelagat spontan kucing berbulu hitam itu berlaku di hadapan pentas utama menyebabkan penonton cemas sekiranya ia dilanggar.
“Dia lagi laju daripada kereta ratusan juta itu,” komen Radzi.
Ibnuhussin pula menyifatkan kucing berkenaan sebagai “raja Formula” yang melintas di litar.
“Mentang-mentang ada banyak nyawa,” seloroh yang lain.
Namun, di sebalik adegan lucu itu, kehadiran haiwan di atas litar sebenarnya mengundang risiko serius kepada keselamatan pelumba dan haiwan itu sendiri.
Pada 2023, seekor kucing dilaporkan memasuki trek ketika perlumbaan NASCAR berlangsung dan dipercayai dilanggar sebuah jentera. Dalam Formula 1 pula, Grand Prix Azerbaijan 2023 pernah menyaksikan seekor kucing tiba-tiba melintas di litar Baku sehingga Safety Car terpaksa membrek dan mengelak haiwan tersebut.
Kemunculan haiwan di litar bukan sekadar gangguan kecil, sebaliknya boleh bertukar menjadi situasi yang berbahaya dalam perlumbaan berkelajuan tinggi.- KOSMO! ONLINE.
@azmanstudio sibuk juga dia nak test kelajuan.. Ingatkan jentera F1 warna hitam mana tengah dial-in tetapan wet tyres, rupanya si Kucing Hitam ni yang sibuk nak tunjuk kelajuan sebenar dekat trek! Penonton dekat grandstand pun terus cemas & berdiri ingatkan ada jentera terbabas. Sekali tengok, si comel bulu hitam ni siap potong corner potong angin lagi! Kucing masuk ke litar bukan perkara baru dalam dunia perlumbaan. Pernah berlaku di NASCAR pada 2023, seekor kucing dilaporkan masuk ke trek dan dipercayai dilanggar ketika perlumbaan berlangsung. Dalam F1 pula, GP Azerbaijan 2023 menyaksikan seekor kucing tiba-tiba melintas di litar Baku sampai Safety Car terpaksa membrek dan mengelak. Bayangkan kalau kucing dalam video ini tak sempat lari dan kereta datang dengan kelajuan tinggi… memang bukan nyawa haiwan saja yang dipertaruhkan, kereta pun boleh mengalami kerosakan. Haiwan kecil masuk trek pun boleh jadi situasi serius dalam perlumbaan. Video @arunthamilvaanan #F#F1CatF#Formula1G#GrandPrixK#KucingHitamB#BlackCat ♬ Ethereal Soaring Peak – Mudfoot Drummer
The post [VIDEO] ‘Dia lagi laju dari jentera F1’ appeared first on Kosmo Online.





![[VIDEO] Orang ramai ‘ketakutan’, dakwa lori dipandu berbahaya di Salak Tinggi](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/lori-tular-viral-salak-tinggi-1024x665.jpeg)
