Wan Zakariah ambil alih jawatan sebagai Pengerusi baharu AZRB selepas Madinah berundur

Business & Finance
11 Sep 2026 • 9:19 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Wan Zakariah ambil alih jawatan sebagai Pengerusi baharu AZRB selepas Madinah berundur Image from: Wan Zakariah ambil alih jawatan sebagai Pengerusi baharu AZRB selepas Madinah berundur liza11/09/2026 - 09:19 Wan Zakariah (kiri) dan Madinah (kanan) Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 11 Sept – Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB) melantik Naib Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Wan Zakariah Wan Muda sebagai Pengerusi baharu berkuat kuasa serta-merta.

 

Pelantikan itu menyusuli peletakan jawatan Tan Sri Dr Madinah Mohamad sebagai Pengerusi AZRB pada 9 September 2026 yang mahu memberi tumpuan kepada kepentingan peribadinya.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, AZRB berkata perubahan kepimpinan itu berkuat kuasa serta-merta yang menyaksikan Wan Zakariah mengambil alih jawatan tertinggi dalam lembaga pengarah kumpulan tersebut.

 

Wan Zakariah sebelum ini memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi Eksekutif AZRB sebelum dilantik sebagai Pengerusi.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Madinah Mohamad letak jawatan sebagai Pengerusi AZRB berkuat kuasa 9 September 2026

 

Pegangan Saham Dalam AZRB

Dari segi kepentingan dalam syarikat, Wan Zakariah memiliki 5.32 juta saham secara langsung dalam AZRB, bersamaan 0.8% pegangan.

 

Beliau turut mempunyai 27,000 saham secara tidak langsung dalam syarikat berkenaan.

 

Wan Zakariah juga mempunyai hubungan kekeluargaan dengan anggota pengurusan AZRB apabila beliau merupakan abang kepada Pengarah Eksekutif kumpulan itu, Datuk Wan Zulkifli Wan Muda.

 

Madinah Berundur Selepas Lima Tahun

Sementara itu, Madinah mula menyertai lembaga pengarah AZRB pada 2021 dan kemudiannya memegang jawatan Pengerusi sehingga peletakan jawatannya pada Rabu.

 

Sebelum menyertai AZRB, Madinah mempunyai pengalaman dalam sektor awam apabila pernah berkhidmat sebagai Ketua Audit Negara dari Februari 2017 sehingga kontraknya berakhir pada 2019.- DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved