Wanita China buat kecoh di KLIA kurang siuman, lupa ambil ubat

19 Aug 2026 • 10:50 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Wanita China buat kecoh di KLIA kurang siuman, lupa ambil ubat

SEPANG – Seorang wanita warga China ditahan selepas mencetuskan kekecohan termasuk bertindak agresif dengan menjerit, berlari, menyanyi dan menari di kawasan Balai Perlepasan Antarabangsa Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, siasatan awal mendapati, wanita berusia 27 tahun itu disyaki kurang siuman dan bukan di bawah pengaruh dadah.

Katanya, maklumat diperoleh daripada rakan suspek mendapati wanita terbabit dipercayai terlupa mengambil ubat sebelum kejadian berlaku.

“Suspek kini berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Kajang selepas ditempatkan di wad psikiatrik untuk pemantauan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 1.19 petang semalam ketika suspek sedang menunggu penerbangan pulang ke China selepas melancong di Malaysia bersama rakannya sejak 6 Ogos lalu.

Ravi berkata, pihak keselamatan terminal yang menerima aduan segera ke lokasi bagi mengawal keadaan sebelum membawa wanita terbabit ke Balai Polis Terminal 1 KLIA untuk tindakan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati suspek merupakan warga China yang dijadualkan menaiki penerbangan pulang ke negara asalnya pada hari kejadian,” katanya.

Katanya, pihak Kedutaan China telah dimaklumkan berhubung insiden berkenaan bagi membantu urusan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

The post Wanita China buat kecoh di KLIA kurang siuman, lupa ambil ubat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved