Wanita Indonesia ‘Koyak’, Lelaki Jordan Lebih Pilih Makanan Malaysia [Video]

Food
5 May 2025 • 3:10 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tidak dinafikan, setiap negara yang ada di dunia ini pastinya memiliki makanan-makanan tersendiri yang digemari ramai.

Sebagai contoh, nasi lemak yang berasal dari Malaysia juga diminati oleh orang luar negara sehingga ada yang sanggup mempelajari cara memasaknya.

Menggemari sesuatu makanan atau masakan merupakan pilihan masing-masing, namun ada pula individu yang tidak berpuas hati sekiranya makanan di negaranya tidak menjadi pilihan.

Wanita Indonesia tak puas hati lelaki Jordan lagi suka makanan Malaysia

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang influencer wanita warga Indonesia seakan tidak dapat menerima hakikat selepas seorang lelaki Jordan menyatakan lebih memilih makanan di Malaysia.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @Cool_Wannabe82, wanita itu yang dikenali sebagai Ayu Jasmine pada awalnya mendakwa lelaki berkenaan menggemari makanan Indonesia.

Bagaimanapun, setelah dia mengajukan soalan kepada lelaki terbabit, individu itu menjawab yang sebaliknya pula.

“Saya lebih menggemari makanan Malaysia,” kata lelaki Jordan itu.

Wanita ‘claim’ nasi goreng berasal dari Indonesia

Tidak berpuas hati dengan apa yang didengarnya, Ayu kemudian bertanya pula tentang makanan apa yang digemarinya di Malaysia sebelum lelaki itu menjawab nasi lemak dan nasi goreng.

Mendengar jawapan itu, Ayu yang menetap di Turki itu terus mendakwa bahawa nasi goreng adalah makanan yang berasal dari Indonesia.

“Awak gila, nasi goreng adalah makanan Indonesia,” kata Ayu.

Lelaki terbabit kemudiannya membalas dengan meminta agar rakyat Indonesia untuk menerima hakikat yang makanan Malaysia adalah lebih baik.

Ramai kecam kenyataan wanita itu bahawa nasi goreng berasal dari Indonesia

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan Ayu yang seakan terdesak memerlukan pujian.

Malah, tindakannya yang mendakwa nasi goreng berasal dari Indonesia juga diselar ramai kerana tidak benar.

Menurut Suara.com yang memetik pelbagai sumber, nasi goreng telah wujud sejak 4,000 tahun sebelum Masihi dan makanan terbabit berasal daripada masyarakat Tionghoa sebelum dibawa masuk ke Asia Tenggara.

Oleh kerana itu nasi goreng di setiap negara di Asia Tenggara seperti Thailand, Malaysia dan Indonesia mempunyai versi tersendiri.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available