Wanita maut, Axia bertembung lori muatan sabut kelapa

28 Sep 2026 • 9:49 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Wanita maut, Axia bertembung lori muatan sabut kelapa
Seorang wanita maut selepas kereta Perodua Axia dipandunya dipercayai bertembung dengan sebuah lori 10 tan yang membawa muatan sabut kelapa di Kilometer 40, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang pada Ahad.
Image from: Wanita maut, Axia bertembung lori muatan sabut kelapa
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Gua Musang di talian 09-912 1222.

GUA MUSANG - Seorang wanita maut selepas kereta Perodua Axia dipandunya dipercayai bertembung dengan sebuah lori 10 tan yang membawa muatan sabut kelapa di Kilometer 40, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu, mangsa berusia 34 tahun dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa bersama seorang penumpang wanita berusia 47 tahun dalam perjalanan dari arah Gua Musang menghala ke Chiku 5.

"Setibanya di lokasi kejadian, Perodua Axia dipandu mangsa bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

**media[3660749]**

"Akibat pelanggaran itu, kereta dipandu mangsa berpusing sebelum terbabas ke bahu kiri jalan," katanya pada Isnin.

Menurut beliau, mayat mangsa kemudian dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Ujarnya, manakala penumpang hadapan kereta berkenaan pula dibawa ke Klinik Kesihatan Chiku 3 untuk menerima rawatan awal.

"Pemandu lori berusia 48 tahun yang terbabit dalam kemalangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Choon Foo memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Siasatan lanjut masih dijalankan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Gua Musang di talian 09-912 1222," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved