
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini tular satu video di TikTok memaparkan seorang lelaki melakukan eksperimen sosial dengan bertanya kepada orang ramai mengenai pembahagian pembayaran komitmen dalam perkahwinan.
“Di masa depan, bagaimana awak mengasingkan bil dalam rumahtangga bersama dengan pasangan?” tanya lelaki berkenaan.
Menerusi video itu ada yang mahukan pembayaran secara sama rata seperti 50% darinya dan 50% lagi pasangan. Tak kurang juga ada yang menyifatkan ia bergantung kepada kemampuan pasangan untuk membayar bil berkenaan dan para isteri akan memberikan apa yang diperlukan.
Namun ada yang berpendapat individu yang bergaji tinggi adalah orang yang perlu membayar lebih. Video tular itu kemudiannya mendapat pelbagai respon di kalangan orang ramai, ada yang merasakan adalah tidak wajar jika lelaki mengharapkan pasangan untuk membayar bil dalam rumahtangga.
@waizeeer I’d say household bills I’ll try to pay everything except mortgage. Mortgage share uh 😮💨 How would you split your household bills??
♬ original sound – Uwais
Lelaki basuh individu minta ‘siapa gaji tinggi bayar lebih’ untuk bil rumahtangga
Terbaharu, seorang lelaki juga tidak ketinggalan untuk menyuarakan pendapatnya selepas menonton video tersebut.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Azim Adnan di TikTok, awalnya dia memainkan semula klip berkenaan dan berhenti pada bahagian seorang peserta mengatakan ‘who ever earn more pay more’ (siapa yang bergaji tinggi bayar).
Turut persoal apa tanggungjawab lelaki jika isteri bayar dan jalankan semua kerja rumah
Dalam video itu kelihatan Azim amat tidak bersetuju dengan pendapat lelaki tersebut dan mempersoalkan apakah tanggungjawab lelaki berkenaan sekiranya isteri membayar bil dalam rumahtangga dan mereka juga yang melakukan kerja rumah.
“Let say (andai katalah) dia mempunyai gaji tinggi dan dia juga yang masak, dia juga yang kemas rumah, dia jaga anak. Habis kau?” soalnya.
Tegasnya, wanita berkenaan tidak hanya membayar bil untuk komitmen dalam perkahwinan tersebut sebaliknya turut terpaksa menanggung akibat kerana berkahwin dengan ‘lelaki yang salah’.
Sifatkan wanita tanggung ‘biawak hidup’ jika terpaksa bayar semua perkara dalam perkahwinan
Malah dia turut menyifatkan lelaki sebegitu umpama ‘biawak hidup’ kerana isteri yang terpaksa menanggung segalanya.
“Let’s be real (realitinya) dalam perhubungan kita sentiasa mengatakan ia tentang bekerja dalam kumpulan (teamwork) tapi bila masuk bab duit, tiba-tiba semua jadi kalkulator (berkira).
“Awak mahukan persamaan apabila ia hanya memberi keuntungan kepada kamu. Tetapi kamu lupa, tanggungjawab bukan hanya mengenai duit,” jelasnya.
Turut baca surah An-Nisa yang menyatakan peranan lelaki kepada perempuan
Malah dia turut membaca surah An- Nisa ayat 34 yang bermaksud lelaki adalah pelindung, pemberi dan pemimpin kepada wanita.
Bukan hanya itu, dia turut mempersoal adakah lelaki yang meminta siapa yang bergaji lebih untuk membayar bil terbabit mencari ‘soulmate’ atau kawan serumah?
“Ia bukan kerana wanita tidak mampu untuk melakukannya tetapi kerana lelaki adalah individu yang bertanggungjawab. Jadi apabila mamat ini cakap ‘who earns more should pay the bills’, adakah awak berkahwin untuk mencari ‘soulmate’ (pasangan) atau kawan serumah bro?
“Sekiranya wanita mempunyai gaji lebih tinggi ia adalah sesuatu perkara yang bagus namun ia tidak semestinya mereka wajar mendapat lelaki yang tidak bertanggungjawab.
“Kerana suatu hari nanti awak (para wanita) akan sedar ia bukan ‘berapa banyak dia bawa ke atas meja (duit dalam rumahtangga) sebaliknya adakah dia membina meja’ tersebut (menjalankan tanggungjawab),” katanya lagi.
Malah dia turut merasakan terma ‘siapa yang bergaji tinggi perlu membayar lebih’ ia bukanlah nilai kepada sebuah perhubungan tetapi ia adalah peraturan dalam menjadi teman serumah.
@azimxdnan Earn more pay more = housemate.
♬ original sound – Azim Adnan
Ramai berpendapat wanita jangan kahwin dengan lelaki yang tidak mempunyai pemikiran sebagai provider
Melihat di ruangan komen, ramai yang berpendapat lelaki begitu tidak mempunyai pemikiran sebagai seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab (provider).
Malah ada yang mengatakan mereka perlu memahami tanggungjawab dalam menjadi seorang suami.
Bukan hanya itu, ada juga lelaki yang bersetuju untuk wanita tidak meneruskan perhubungan dengan lelaki yang mahukan pembayaran bil secara sama rata seperti 50-50.
“Dia macam ni, kalau sebelum kahwin dah bincang 50-50, say bye-bye. Sebab di situ pun tak faham hukum”

“I lelaki, i setuju. Jangan cari lelaki 50-50. Sekali kau dah 50-50 dia akan rasa ‘it’s okay, wife aku ada’. Jangan! Tolong lari”

“Malu bro claim diri ketua keluarga tapi minta 50-50”

“Dah 50-50 tapi nanti gaduh sikit ‘siapa suami sekarang awak ke saya’, ‘hormat lah saya ni suami awak’ okay bro, chill. Saya pun separuh daripada suami kan?

“Dalam bible, lelaki memang wajib bertanggungjawab kepada isteri, anak dan keluarga. Tetapi sekarang tidak semua lelaki begitu, saya tergamam”




![Individu Alami Sakit Kepala & Mata Hampir Tak Boleh Buka Gara-Gara Buat Spek Di Kedai Tanpa Optometrist [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/health-and-fitness.jpeg)
