Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Tular di media sosial satu kejadian di sebuah kedai makan di Singapura apabila seorang warga emas berusia 73 tahun dipercayai ditolak hingga terjatuh selepas menyentuh kepala seorang kanak-kanak perempuan.
Kejadian yang berlaku di Roxy Square, East Coast Road itu mendapat perhatian ramai selepas pihak restoran berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan meminta orang ramai membantu mengenal pasti lelaki yang terlibat.
Menerusi rakaman tersebut, warga emas berkenaan dilihat berjalan perlahan sambil berpaut pada meja makan di kawasan terbabit.
Ketika melalui sebuah meja, lelaki itu dilihat menghulurkan tangan dan menyentuh seketika kepala seorang kanak-kanak perempuan.
Bagaimanapun, tindakan tersebut dipercayai menyebabkan bapa kanak-kanak berkenaan berasa kurang senang sebelum menolak warga emas tersebut hingga jatuh ke lantai.
TRIGGER WARNING
Kejadian di Singapura pic.twitter.com/jHHZojezZA
— @ (@anthraxxxx) August 15, 2026
Keluarga lapor polis
Menurut keluarga, warga emas berkenaan pada awalnya tidak mahu memanjangkan perkara itu.
Malah, lelaki yang didakwa menolaknya kemudian memohon maaf dan menawarkan minuman selepas menyedari telah bertindak kasar kepadanya.
Namun begitu, keluarga itu meluahkan rasa tidak puas hati apabila mengetahui warga emas berkenaan dilaporkan mengalami sakit belakang selepas kejadian.
Susulan itu, keluarga terbabit tampil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan supaya membantu mengenal pasti identitinya.
Menantu kepada warga emas berkenaan mengecam tindakan kasar individu terbabit yang disifatkan sebagai keterlaluan.
Katanya, jika individu itu merasakan tindakan bapa mertuanya salah, perkara itu sepatutnya diselesaikan secara baik atau diserahkan kepada pihak berkuasa.
“Cara dia terlalu kasar. Dia boleh berbincang atau menghubungi pihak polis. Dia tidak sepatutnya menggunakan kekerasan,” ujarnya.
Artikel berkaitan: “Orang tua-tua jangan lah p*kul” – Gara-gara Kemalangan Kecil, Lelaki Ugut & Tend*ng Warga Emas
Artikel berkaitan: Wanita Pukul Warga Emas Dengan Selipar, Rebut Tempat Duduk Dalam Bas
Polis sahkan laporan sudah dibuat
Dalam perkembangan terbaharu, polis Singapura mengesahkan sudah menerima laporan berhubung kejadian tersebut. Pihaknya turut memaklumkan identiti lelaki terbabit sudah dikenal pasti.
Bagaimanapun, pihak polis menegaskan siasatan masih dijalankan dan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian berkenaan.
Sumber: Mediacorp.sg, Mothership.sg
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.




![[VIDEO] Hutan terbakar, asap tebal selubungi sekitar bangunan JAIS](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-17-at-6.05.09-PM-1024x688.jpeg)
