Satu perkongsian di media sosial meraih perhatian apabila Secangkir Cafe yang pernah dibina dengan penuh rasa bangga terpaksa dirobohkan semula selepas pemiliknya, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, dilaporkan meninggal dunia akibat kemalangan.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Tengku Ejan, mereka memaklumkan keputusan untuk membuka semula hasil binaan tersebut bukan disebabkan masalah pada kerja yang dilakukan, sebaliknya kerana keadaan sudah berubah.
AdvertisementAda projek yang kita bina dengan bangga. Dan ada projek yang kita terpaksa buka semula, bukan kerana kerja itu tidak bagus… tetapi kerana sebuah cerita telah berubah.
View on Threads
Menurut perkongsian itu, mereka kembali ke lokasi berkenaan bagi merobohkan apa yang pernah dibina sebelum mengembalikannya kepada keadaan asal.
Apa yang lebih menyentuh hati, setiap bahagian yang dirobohkan dikatakan menyimpan kenangan tersendiri sepanjang projek tersebut disiapkan.
View this post on Instagram
Meninggal dunia kemalangan
Difahamkan, pemilik projek berkenaan telah meninggal dunia akibat kemalangan.
Dalam hantaran sama, mereka turut menitipkan doa agar segala dosa arwah diampunkan, dilapangkan kubur serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Di sebalik setiap dinding yang dirobohkan, ada kenangan yang pernah tercipta.
Mereka turut mendoakan agar keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan tersebut.
Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan bersama suami, Muhammad Nazatullah Nazmi dan anak mereka, Muhammad Armaan Nazeef dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.4 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), arah Lanchang menghala Kuantan pada 1 September lalu.
Al-Fatihah.

"Nyawa Dan Roh Kafe Sudah Tiada" - Secangkir Cafe Akan Beroperasi Buat Kali Terakhir Hari Ini, Perkakasan Kedai Akan Dilelong
The post “Di Sebalik Setiap Dinding Ada Kenangan” – Secangkir Cafe Diroboh Selepas Pemilik Meninggal Dunia Akibat Kemalangan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






