Matrix Concepts tingkatkan inisiatif kelestarian susulan raih penarafan 3 bintang ESG - MBSB Research

PropertyEnvironment
17 Sep 2026 • 9:50 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Matrix Concepts tingkatkan inisiatif kelestarian susulan raih penarafan 3 bintang ESG - MBSB Research Image from: Matrix Concepts tingkatkan inisiatif kelestarian susulan raih penarafan 3 bintang ESG - MBSB Research amree17/09/2026 - 09:50 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 17 Sept — Matrix Concepts Holdings Berhad merancang memperkukuh prestasi alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) selepas hanya meraih penarafan tiga bintang, menurut MBSB Research.

 

Cabaran itu mendorong kumpulan meningkatkan usaha kelestarian menerusi pelbagai inisiatif meliputi tenaga boleh diperbaharui (RE), pengurusan sisa dan pemuliharaan biodiversiti ke arah lebih baik.

 

Bagaimanapun ujarnya, syarikat itu masih diiktiraf dalam FTSE4Good Bursa Malaysia Index, mencerminkan usaha amalan korporat bertanggungjawab serta mewujudkan nilai mampan tempoh jangka panjang.

 

"Sebagai pemaju hartanah yang memberi penekanan kepada pembangunan lestari, Matrix Concepts terus mengintegrasikan prinsip ESG dalam segala strategi serta operasi perniagaan," jelas MBSB Research.

 

Katanya, dalam pemerkasaan agenda alam sekitar, kumpulan itu sudah melabur sistem solar fotovolta (PV) di ibu pejabatnya, Adcote Matrix School, d'Tempat Country Club dan Mawar Medical Centre.

 

Pemasangan solar itu tambahnya, menghasilkan 1.5 juta kilowatt-jam (kWh) RE, dan mengurangkan 13.5% penggunaan elektrik daripada rangkaian grid, serta memberikan penjimatan kos sekitar RM750,000.

 

Matrix Concepts juga ujar MBSB Research, merancang memperluas inisiatif RE menerusi pemasangan sistem solar PV di Bandar Seri Impian Galleria, Johor dan mengurangkan kebergantungan ke atas grid.

 

Matrix Concepts_DagangNews2026

 

"Ia juga memberi tumpuan pengurusan sisa melalui pelaburan mesin pengkomposan yang memproses sisa makanan dari d'Tempat Country Club dan menghasilkan kompos kegunaan landskap dan jualan komersial.

 

Permintaan pasaran terhadap kompos yang terhad namun menjadi antara cabaran kepada inisiatif itu, walaupun usaha tersebut membantu mengurangkan jumlah sisa organik dihantar ke tapak pelupusan.

 

Matrix Concepts kata MBSB Research, turut menubuhkan Kita Recycle Store dilengkapi kemudahan pandu lalu bagi menggalakkan aktiviti kitar semula dan meningkatkan kesedaran komuniti terhadap isu itu.

 

Bagi aspek biodiversiti pula, kumpulan itu melancarkan projek Miyawaki Forest di perkarangan Adcote Matrix School pada Julai 2026, membabitkan kira-kira 1,400 pokok daripada sejumlah 47 spesies asli.

 

"Ini termasuk spesies yang terancam dan hampir pupus, selain berpotensi menjadi bank benih untuk usaha penghijauan di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan pada masa depan," tambah firma tersebut.

 

Sehubungan itu, MBSB Research mengekalkan saranan 'beli' terhadap saham Matrix Concepts dengan harga sasaran (TP) RM1.55 sesaham, berasaskan diskaun 30% kepada nilai aset bersih semasa (RNAV).

 

Penilaian berkenaan katanya, disokong sumbangan stabil daripada pembangunan di Sendayan dan Lembah Klang, pemangkin pertumbuhan MVV City, serta hasil dividen menarik sekitar 6.2%. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved