Pahang mahu wujud lebih banyak bandar bahagia

11 Aug 2026 • 7:41 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pahang mahu wujud lebih banyak bandar bahagia

RAUB: Pahang mahu memperkukuh reputasinya sebagai negeri contoh dalam aspek perpaduan dan kesejahteraan rakyat dengan menyasarkan lebih banyak daerah diiktiraf sebagai bandar bahagia pada tahun-tahun akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sasaran itu susulan pencapaian Raub dan Lipis yang bukan sahaja diiktiraf sebagai bandar bahagia, malah kedua-duanya tersenarai dalam kelompok 10 bandar paling bahagia di Malaysia tahun ini.

Katanya, pencapaian itu selari kedudukan Pahang sebagai negeri yang menduduki tangga pertama Indeks Perpaduan Nasional 2025, sekali gus membuktikan kepelbagaian masyarakat mampu menjadi kekuatan dalam membangunkan negeri.

“Saya berharap tahun 2026 ini kita akan meningkat daripada dua bandar bahagia kepada lebih. Insya-Allah, daerah-daerah lain akan menyusul.

“Kalau boleh, kita mahu Pahang ini menjadi contoh kepada kepelbagaian, bukan sebagai punca perpecahan, sebaliknya sebagai kekuatan untuk kita bergerak bersama,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Pahang dan Walk A Town With Me Pahang 1st Raub di Dataran Raub di sini, semalam.

Wan Rosdy berkata, pengiktirafan bandar bahagia bukan sekadar pencapaian untuk dibanggakan, sebaliknya mencerminkan wajah rakyat Pahang yang hidup dalam suasana saling menghormati, membantu dan mempercayai antara satu sama lain.

“Kejayaan ini bukan untuk kita banggakan, sebaliknya satu amanah untuk kita pertahankan,” katanya. – UTUSAN

The post Pahang mahu wujud lebih banyak bandar bahagia appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved